Cuti

Cuti dah lebih 2 minggu tapi rasa2nya belum ada apa-apa hasil yang nampak. Yang tak nampak tapi masuk kepala otak tu ada le. Qada balik giler membaca yang dah lama takdan nak buat. Cuti ni saja 4 buku Faisal Tehrani aku beli dan pulun. Itu je le.... Oh ya dan juga jalan-jalan balik Perak dan ziarah pupu bersalin. Pergi juga satu dua knuri. Esok ada satu lagi ni.

Nak add foto pun tak reti ni........

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum.

Ntah mimpi apa malam ni, tetiba teringin nak buka blog baru. Tadi buka blog Pyanhabib, dia ada tulis "orang Melayu malas membaca tapi suka tulis blog". Ye ke? Kalau gitu, aku terbalik kot; suka baca tapi takdan nak tulis. Banyak yang bermain kat kepala otak ni tapi tak dan nak tulis.
Sebenornya malam ni aku sunyi, anak3 jantan aku pergi Pulau Jerejak Resort, ikut abah. Tinggal yang pompuan tu pun dah tido, esok ada kelas IT. Khamis ni peksa SPM paper akhir.
Aku ni bukan tak suka tulis tapi takdan. tapi.... memang suka buka blog. Seronok try. Ntah dah berapa banyak. Ada yang aku copy balik masuk blog baru. Ada juga yang aku lupa password sampai tak boleh buka.............. kalau nak buka blog yang aku copy campur tu masuk sini
http://umuaiman.livejournal.com . Dulu aku rajin juga tulis tapi la ni kurang sket. Bila cuti baru le ada mood.