Urut, cuti & rumah

Lamanya tak masuk. Tingat citer pasai pi ngurut tu. Berkesan punya promo, malam tu juga 2 pesakit pulun nak pi. Asainya depa yang habaq, tapi pakat takut nak cuba. Bila I selamat baru pakat berani, cis..... he he... Su yang slip disk teruk n dok pi fisio kat spital weekly tu pun makin ok. Tu le..... menderita punya lama, penakut punya pasal!!!!! PK kita tu memang teruk sikit sakitnya, so sekali pergi tak baik lagi... kena dok ulang kot. I ni pun bukan baik betul lagi........... Nak bangun pagi tu kena senaman angkat kaki dulu. Harap2 boleh kempis sekali....wow! Ada lagi.... yang cadang2 nak pi. Harap2 pakat2 sihat le kawan2 kita....

Cuti dah dekat seminggu dah ni. Macam takder apa2 perkembangan pun. Anak2 sibuk pi tusyen. Kita pun dah 2 hari pi sekolah. Yang nampak pun tanam pokok 6 batang kat rumah sana. Punyala semak samun. Nasib baik berjiran dengan orang sibuk yang tak pindah mcm kami dan semak juga rumah dia. Kak Ah depan rumah tu pun ntah pi cuti kat mana. Jiran belakang tu ada. tapi...... risau pulak I. dok kerap pi, takder le dia nak keluar menegur ke.... Pemalu kot. Bio le kita baik sangka. Kadang2 I dok riuh sembang dgn piah kat seberang jalan, kak ah kat depan, Adam kat penjuru depa boleh dok senyap je dalam rumah. Risau le pulak. Dah penaik tembok pagar sempadan rumah kita tu.... Tak tanya pun, kot le nak kongsi bayar ke.... kita pun tak tanya. Kot le dia memang nyampah kat kita..... Dok cakap juga kat kak ah, "orang tu tak tanya pun, kita pun diam je," he...he....

Dok bengang kat abah ni, kita dah siap buat senarai kerosakan, dia tak bawa pi pejabat pemaju pun. masa dah suntuk.... Dengan letrik tak cuba, lampu tak pasang ..... Ish....ish!
Pelan pun tak buat lagi nak tambah 3 ruang kat belakang tu. Tak cukup bilik tido..... Bilik tamu pn tak ada. Agak2 tinggal tanah 10 kaki je kat belakang tu.... Kat tepi luas lagi, sampai tak larat nak jaga, semak.......... Angan2 je tinggi nak bertaman-taman... Tak habis dok ngadap majalah Laman. Macam terapi pulak.

Nikmat sihat bagi yang biasa sakit!

So, petang kemarin dengan terujanya tunjuk plan kat abah. Ok bah kita pergi malam ni, budak2 takde tusyen. Fisio Cina ni, Mr Ong buka bisnes malam je.

So lepas maghrib meraba lah kami mencari lokasi dalam kegelapan malam. Sempat le pusing2 2, 3 round pasai sesat. Akhirnya jumpa tapi mak oi, banyaknya kereta dan orang. Masa tu agak2 8.30. Tunggulah dengan sabonyer........ sambil sembang2 dgn pesakit lain. Tengok kesan rawatan, dasat juga. Ada yang sekali prappp leher dah hilang sakit. Ada yang sakit kaki boleh balik dengan langkah bergaya................ wow!

Sambil tu tak putus kita berdoa, sembuhle aku............ Dekat pukul 11 baru sampai giliran. Kes macam I ni kena masuk bilik. Pembantu dia yang rawat. Kalau sikit2 kat luar je. Dia yang cek dulu. Bagus pulak fisio Cina ni tak selak banyak...... Dia cari point kat luar baju and jeans jer.... Masa nak sapu minyak je, kena kulit. Itu pun sikit2. Syukur........... Abah ada sekali!!!

Katanya tulang belakang ada slip 3 tempat. Dia kasi prrrappp, macam masuk balik je.
Tapi kat kaki n bontot sakit lagi. Macam2 le dia cuba. Cari point sini sana. Dia dah agak mesti lama dah jatuh ni.......... ye ler dah masuk 5 bulan....... Itu pu tak habaq yang dok jatuh bilik ayaq berapa kali tu......

Dekat setengah jam tak hilang sakit bahagian tertentu............ kalu gerak dok sakit juga. Sampai kena panggil Mr Ong. Bila dak agak2 ok, berenti le rawatan. Keluar tengaok orang dah koi cerah kat depan........ Depa tu agaknya 10 minit je sorang. Dia bagi balm sapu n ubat makan. Lega rasanya........ walaupun ada le sikit lagi nyeri seskali tu. Ye la sakit ni mai macam ribut, perginya macam semut!

Specialnya dia ni Dr RM 20. Macamana ubat pun dia ambik RM 20 jer.
Balik tu dok seriau juga nak jalan n nak sembayang. ok je..... ALHAMDULILLAH. Harap2 tak berulang.....

Kat sekolah dengan terujanya bercerita sampai ada dah beberapa orang yang tergoda nak cuba. Yang tak sabo2 nak pi malam ni pun ada.............

Alamat dia. 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Aloq Staq.

Nikmat sihat pabila sakit......................

Hujung tahun (disember) baru ni aku terjatuh. Masa tu ngantor keluarga maklang yang datang ziarah eman sunat. Elok jer aku jatuh dengan gaya sopan melongsor depan maklang. Terlipat juga ibu jari dan terhempap juga bontot. Nasib baik bontot ada "kusyen"! Adoi.... pastu ibu jari kaki sakit le. Biasa je kan, sikit2........ sapu2 minyak gitu2 je le. Sampai le ke tahap tak boleh pacak ibu jari masa duduk antara 2 sujud. Sakit pun mula menular ke sepanjang betis, ke paha naik ke pinggang. Masa bangkit dp duduk atau bangkit tido, memang power sakit dia.......... Bila dah lama berdiri dan berjalan ok pulak. Ntah fesyen apa.

Pi le cari tukang urut, ikut member yang pi ngurut juga. Tukang urut tu lelaki! Dia urut ibu jari , kurang le sakit. Dia urut bawah lutut nak kesan apa penyakit yang sakit sampai ke pinggang . Dia suruh bawa sirih pinang nak jampi n supaya tak payah kena urut sampai ke atas. Siap berdoa panjang, minta petunjuk takut2 kena urut........ Allah dorong susah nak dapat pinang sirih. So tak pi jumpa bomoh tu.

Cari pulak tukang urut pompuan. Siap urut satu badan. Hilang sengal2 badan tapi kaki dok camtu juga. Rasa2 dia tak berapa pandai bab silap urat ni. Siap minta petunjuk Allah. Tiap kakli nak pi, ada saja hal. Tak kita, dia yang ada urusan. Comfirm, ini petunjuk Allah.

Masuk April n Mei ni, rasa makin teruk. Bergerak kuat sikit sakit. Turun naik tangga pun sakit. Baring dan duduk lagi le sakit. Tapi jalan selamba je. Kalau tak habaq org pun tak sangka kita dok tahan sakit. Kat rumah je dok potpet minta anak2 buat kerja......... Tingkat atas pun tak naik dah............

Riuh2 kat sekolah, dapat tahu pasal sorang fisioterapi Cina yang kononnya very pakar. Kawan yang cadang ni siap dengan plan jalan dll. Teruja juga. Biasanya kalau fisio cina ni quite good. Doa banyak2 moga Allah izinkan kesembuhan dan jaga maruah. Takut kena buka2 masa urut.............. mau balik camtu jer! Sambung cerita dalam the next post....... Excited nak cerita ni....

Hari Ibu

Hari ibu yang dirahmati dengan hujan yang lebat dan kilat sabung menyabung.
Belum subuh lagi terjaga, nampak faris dah bangun. Apa dia buat ye.................
Ada agenda tersembunyi rupanya. Dia buat kad hari ibu dan masukkan dalam handbag.
Ingatkan akak. Dia yang selalu buat kerja gitu, dalam kereta la.... etc...... Canggih dah dia la ni.
Pakai emel n sms. Adik2 tak brapa nak pikiaq lagi bab2 tu........

Kat sekolah, ada ex student anto kek punyale besor. Kenyang le cikgu2.

Balik sekolah, siap ada hidangan yang depa pakat tak makan pasai tunggu mak balik.
Wow, akak masak ayam "steak" lada, sos lada n muffin lagi. Siap pacak greeting atas muffin tu.
THANK YOU................. LUV U ALL.

Temuduga Maktab

Ish....ish........ susah pulak nak tduga maktab sekarang ni yer....... Siap kena buat esei, ada ujian, tduga individu, tduga kumpulan etc..........

Zaman kita dulu, pi tduga individu je, dapat masuk. Tak le penin sampai rasa tak larat nak buat.

Kakak nak pi tduga esok. Esei pun dia tak siap lagi. Baca untuk ujian je. Mak dia pulak yang lebih dok kumpul bahan. Dianya ntah bila nak baca. yang betoi, ati dia dah kat uitm nun....

Kita yang suruh pi juga, cari le pengalaman. Tak rugi pun. Pengetahuan baru dapat. Dekat rumah je tduga. Lintas jalan, jalan sikit terus masuk pagar IPDA. Kalau dapat kira bonus le, masa tu kita buat le solat istikharah. mana le tau kot dapat pi UK ke NZealand ke.... Yang UK tu twin dengan IPDA je. Boleh ulang alik dari rumah......

UITM pula dia dapat Penang. pak Din dah sibuk tepon, ajak dok rumah dia. Sbelah pagar asrama uitm je. Bio le dia belajo dok kat asrama. Jengok2 le kot ada apa2 keperluan. Mudah2 je rasanya rezeki kakak ni. Alhamdulillah....... Dok berangan dah nak melayan anak2 Pak din yang comel2 tu....... ish!

Harap2 mudah le tduga esok. Abah pun sakit kepala. Kot dapat member dia yang tduga ok le.... Rasanya payah, dah le in English!!!!

KAKAK lagi...................

Budak sorang ni penuh dengan kejutan. Kasar pun dia, melawan dalam diam pun dia. Degilnya.... Tuhan je yang tau. kalau tak nak buat, dia takkan buat. tapi kalau dia nak buat, habis kena kalau ada gangguan.

Ntah hari apa hari tu, bengang kat dia. Tetiba dia call kat sekolah. Akak dapat interview maktab, TESL yang pi luar ng tu. Exited kot, tak tau nak habaq kat sapa, lupa kena marah malam tu. OKlah. Prepare le apa yang patut, kena cakap omputih. Cepat lak tu minggu depan dah. Orang lain kena ujung2 bulan ni. TDuga kat IPDA je, lari pun sampai. kira ok le.

Dok Jumaat, buka keputusan keIPT, dapat pula UITM kursus kulinari yang dia minat sangat tu. Murah pulak rezeki budak ni................. Kena buat istikarah, kita tak tau mana yang baik utk masa depan. Allah je le yang tau................. Bio le DIA yang tentukan. Tduga maktab kena prepare dan pergi juga. Mana le tau kot dapat pi UK ke NZealand ke. Boleh mak dia tumpang sekaki.....

Apa2pun biar le ALLAH yang tentukan. AMIN