Cameron Highland



Just a few common views in CH. Kita tak shopping banyak. Bli sket limau, sayur n ubi manis je.....

Memang betul le, jalan aje.................

Balik.........





Nak balik dah. Berimpun penuh. Pakat2 cuti lagi.




Tengah jalan nak balik siap buat plan nak singgah Cameron Hg. Cuaca awal tu nampak elok je. Siap berkonvoi dgn geng Mercs n Poshe.....ntah dari mana2. Rasanya diplomat Singapore. He...he....

Elok sampai atas renyai2. Petang tu hujan je..... dok merap kat hotel je le................



Musafir Kembali

Mula 1 Disember bertolak jam 1 thari. Solat kat Gurun n Terus je ke SG Wey sampai maghrib. Itu pun ada silap sket masuk jalan. Esoknya langsung ke Melaka. Lama kat Mini Malaysia/Asean. Tempat len mcm kurang menarik je. Nak panjat Bukit St Paul pun dah tak larat.

Hari ketiga abah eman faris n anis naik komuter pi seremban. Akak sakit kepala, abang tak larat. I n nurul pi Ikea n Sunway piramid. Banyak yang berkenan tapi tahan hati susah nak bawa balik. Buku jer yang berani beli. Jumpa beberapa yang I dok cari termasuk Solat Sempurna tulisan Ustaz Zaharuddin. Silap tak beli lebih....

Balik seremban abah sakit kepala. Pulun sangat, takdan rehat. Akak demam makin teruk, pi klinik kat Kg Medan. Hari Sabtu pi rumah Azimah (sepupu) kat Taman Tun DR Ismail. Dia knuri akikah cucunya yang balik cuti dr luar ng. Kami pi 3 beradik je sebab yang lain nak relax n tak sihat..Jumpa ramai le pupu papat n mak sedara. Kira sampai le hajat nak jumpa sesedara. Balik tu dan le shoping utk raya kat Maidin N Giant USJ. Miah n Anziah shoping baju sakan. I tumpang sket je.

Hari Ahad sambung tour ke rumah Azrul (anak kakak) di Damansara n pi rumah kak Aziah di Kg Tunku.
Petang tu pulun masak untuk raya esoknya, mak oi penat sampai pukul 2 tak siap lg. Raya tu join korban kat masjid Sg Wey. Ramainya yang solat raya tapi takdan kutbah cerah masjid. Yang ramai tu indon n bangla. Hujan le pulak sepanjang hari. Petang baru pi PJ umah my auntie. Dia pun ingat2 lupa dah....

Raya malam baru le pupu2 n my sis berimpun kat sg wey. Siap janji esoknya nak ke kelang rumah Liza (pupu). Penat le juga. Esok siangnya tak pi mana dok kemas barang nak balik. Kalau jalan, tak larat dah nak balik.
Liza malam tu masak sakan. Dapat le satu dua resepi dia...............

Esoknya bye...bye.....
Kiranya memang ziarah betul, tak ada le jalan2 mengarut atau shopping2 ngarut. Ye le Allah tu ikut niat awal kita. Budak2 tu bengang le juga takdan pi tempat2 shopping.................. Len kali kita pi pulak

Musafir

Minggu ni masih ada komitmen. Abang lum abis peksa. Abah ada klas lagi. Mak duty kat sekolah lagi. Sabtu ni pakat2 start free sampai tengah bulan. Agak2 dah boleh plan musafir.

Yang wajib tu ziarah the eldersss kat KL.Kakak2 semuanya, mak sedara, sepupu sepapat. Almaklumlah aku sorang tercampak kat utara ni. Nak keluar sesekali pun punya susah. Tiap tahun ada je anak yang peksa awam! Depa KL tu dah boring ngajak aku pi sana. Cewah..... depa pun menjak mak takda ni, takda le nak jengok aku yang terbuang kat sini.

Takpa, aku yang "muda" ni kenalah beralah. Kira jadilah cuti tahun ni. Rasanya nak lajak pi Selatan lagi. Tingin nek ke pantai timur yang betoinya tapi takut banjir. ha... ha... nak shopping tudung. Murah giler kat sana. Sutera pun dah kena buat stok baru.............. Pi ari tu tak brapa cerdik , masa pun suntuk sangat.

KL? Selangor? Ye, portnya pasti kat Sg Way umah kakak kamceng aku. Panjat bukit sket naik ke KG Tunku, sorang lg kakak. Tak brapa syok pasai hubbi dia jenis serius ala2 profesor gitu.... prof madya le katakan...pancen dah pun. Kat Kramat biasa pi balik hari je, kekadang kita pi kedai dia je (my other sis). Mak sedara kat seksen 14 PJ. Zaman sekolah dolu cuti2 rajin lepak sana sebab ada pupu2 yang sebaya. La ni my auntie tu dah yak brapa kenal kitorang.

Yang sunat2 tu dekat kelang pun ada, Taman Tun etc. Kot tak sampai pun depa tak kata apa............

OTW kita singgah Taiping, Lenggong, KKangsar, Ipoh etc.......... Moga Allah mudahkan perjalanan dan musafir ini. Kalau tak ingat ziarah tak pi..... dah tak larat nak travel jauh2.......

Dua tiga hari ni kita selesai apa je yang kat sini.

Anak2 zaman sekarang.......

Minggu ni menerus 5 hari pi sekolah, ceh! Ko takder kerja lain ke cuti2 ni? Itupun ngelat juga tiap2 hari balik awai. Tadi je aku sabo sikit coz abang abih exam petang sket. Kemaren konon amik akak kat uitm. Tak pegi pun tapi jadi guard abang studi. Studi pun kena dok tunggu budak zaman la. Patut le bebudak kg tu tak baca buku, mak apak depa tak tunggu..... sabo le aku samapai minggu depan jadi jaga, kejut dia bangun tido, kalo subjek yang aku tau siap tolong bincang lagi.... kalo le awai2 dulu lagi dia macam tu, mau dapat sumua A. Ini pi tusyen pun tak mau........adush anak2!!!! Akak tahun lepas tak pi tusyen pun program sekolah dia giler2. Tiap hari balik petang. Kalau IT tu siap berkampung kat sekolah 2,3 hari siapkan projek!

Si Paeh tahun depan kena paksa pi tusyen awai2 lagi................

Eman kena pi KUMON.
Dilema le pulak eman ni. Nak bawak pi sekolah mak ke, nak pi sekolah dekat umah ni tapi petang le pulak. Kalau pi my school, jauh le pulak nak antao kot ada hari2 yang kita kena pi mesorat ke kursus ke..... Hari kita balik lewat, jenuh le dia kena tunggu. Sekolah kat sini masalahnya takder sapa nak urus dia sebelum ke sekolah petang. Pagi takda orang le pulak nak jaga dia. Kot nengok tv aje nanti. Kena cari transport lagi...... Penin...............

Cuti yang tak 'cuti'!

Sekolah dah mula cuti tapi aku tak merasa nak cuti lagi. Minggu pertama ni semua geng pengurusan kena jadi "jaga", he...he... Dengan pak2 guardnya sekali kami jaga. Minggu2 berikutnya ada giliran. Setiap "jaga" kena ambik 6 slot. Tapi minggu akhir sekali lagi semua kena berada di lokasi. Antara tugasnya memastikan geng pejabat tak balik awai. Kalau kami ada tu, depa segan silu sket. Kalau aku jadi 'pihak atas' termasuk PPD, aku tak buat peraturan mengarut ni. Masing2 kena ada integriti, tak payah dok jaga. Kalau ponteng juga, apa2 jadi masa tu, sendiri jawab le. Ini orang lain kena tunggu sampai pukul 5, apa ke jadahnya?????

Sehari dua ni aku tak kisah lagi sebab ada kerja yang aku boleh buat kat sekolah. Biasala ujung tahun banyak benda kena antar kat pihak pentadbiran. Itu pun sengaja aku relaks sebab tau masa jadi jaga ni tak der kerja pulak. Cikgu2 lain, hari akhir tu masing2 pulun siapkan kerja. ada yang sanggup tak makan padahal orang kantin siap knuri sate lagi. Aku tak miss punya..... La ni depa2 tu bercuti lah dengan sepenuh hatinya sebab kerja2 semua dah siap. Aku juga............

Tapi...... ada juga yang tak siap kerja lagi. Maka pakat2 la pi sekolah. Meriahlah juga tadi macam biasa. Tapi kalau petang, sunyi le pulak............ Seram juga kalau kena duduk berdua je dengan orang pejabat, he...he...

Eh.... nak gi solat dulu. nanti2 kita sambung lagi.

Terkini

Aku sibuk sangat la ni termasuk le sibuk tido sebab balik sekolah je mesti penat giler. Tension betoinya pasai SPM dah dekat. Bukan aku nak exam tapi segerombolan anak murid aku yang pemalas tegar malas nak belajar. Aku sampai kat kat depa "hangpa ni macam orang nak mati takdan bertobat". Nak peiksa tapi satu apa pun tak baca, bukan subjek aku saja tapi semua subjek. Tadi aku hangin satu badan lepas keluar kelas depa sampai kaunselor pun aku sapu sekali. Langsung dia tak peduli budak2 tu. Ari tu aku sengaja kasi dia relief kelas tu tapi aku tahu dia tak masuk pun sebab aku nampak dia terhegeh2 kat bilik guru!!!!! Beberapa orang cikgu yang nampak aku hangin pun jadi takut..... Cis budak2 dan konselor tu tak heran pun.

Semenjak dua menjak ni kedudukan aku pun asyik nak "naik" je walaupun aku tak berapa minat. Ari tu aku dapat lantikan ke jawatan guru kanan kemanusiaan secara rasmi walaupun aku dah lama pegang jawatan tu lantikan dalaman (tak bergaji!). Terima le dalam terpaksa sebab kat sekolah aku ni tak ada kot orang yang layak, muda2 belia semuanya..... aku je tua he he..... Pastu belum cuti raya ari tu dapat pulak lantikan guru cemerlang, siap back dated lebih awal dp guru kanan. hari ni orang dok 'kejan2' suruh minta, aku pun "terminta" dan tak sangka le pulak "terdapat". KUP DG 48 le..... tunggu hujung taun ni cukup 6 bulan, hakiki le kot.... Nak ikutkan aku dah mohon time base dg48, dah cukup syarat pun....... tapi lepas buat istikarah, tanya sana sini pakat suruh aku terima, aku pun terima le. Baru ni nazir mai mantau sekolah, dia pun cadang terima, siap kata senang naik pangkat sampai ke gaji taraf ....... Tak berangan le pulak jusa C tu.... he..he... Orang JPN pun suruh terima, adus..... gayat le pulak sebab subjek aku ni 2 orang je kat negeri ni. Sorang lagi tu lama dah tapi PMR DG 34 kot.

Rabu ni ada kursus. Aku pun siap merancang beberapa projek aku nak sub kata anak cuti ni Depa bab komputer ni terer dp aku. Kira jadi le...........

Kena berhenti le pulak teringat bahan nak kena taip bagi kat bebudak spm yang rajin2 tu.

Macam2

Dalam seminggu dua ni banyak pulak special events yg tak sempat nak tulis. Penutup sambutan merdeka, my besday, reunion dengan geng dan mula posa.

Sampai nak buat azam baru besday pun tak sempat.

Reunion tu ok le, tak berhenti bercakap le member sorang tu......... Kat Pizza yang hari tu takder cheese. Tak order pun, makan benda yang tak pakai cheese jer..............

Mula posa.......... Orang jer le. Aku tak posa pun lagi........... Mandi dah banyak kali tapi tak clear lg. Biasa la macam tu kalau bulan posa!!!!!

Nak chow le. Satgi kena bangun masak nasi le pulak. kena panas2...........

Sambutan Merdeka











Lega.......... kemarin penutup sambutan peringkat sekolah. Puas hati le juga dengan program2 yang dah berlangsung. Kurang2 idea kami dan aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan.

Pulun pulak pelajar2 ni terutama pertandingan antara rumah. Depa ni boleh buat kalau diberi peluang. Frust sket sebab hari pertandingan wau I takder kena pi bengkel pulak. Cikgu2 pun memberi kerjasama, tak kisah le aku ada ke takda ke, member2 lain pastikan semua berjalan lancar. Wow..... Komited betul depa ni. Habq je apa nak buat.......

Beberapa aktiviti yang aku rasa menarik la..... pertandingan tuju tin, batu tujuh (seremban), menaikkan wau, sketsa, persembahan adat peminangan dan larian tangga. Yang lain2 tu biasala macam kad ucapan, poster, produk kreatif etc.... Aku juga berjaya mengesan cikgu2 yang ada bakat tertentu seperti pengadilan, komited etc. Beberapa orang guru ni pulun macam budak juga...... Ada la juga yang buat "derk" sampai ke sudah. Ikut suka hangpa la........ Pengetua pun bulan ni banyak takda kat sekolah masa aktiviti2 dijalankan. Tak kisah le....Apa pun kerja jalan!

Minggu depan sambung aktiviti panitia PIslam le pulak, dah masuk bulan puasa. Kita ada Ihya Ramadhan macam tahun2 lepas juga......... MERDEKA.....MERDEKA.....MERDEKA............

Lepas ni aku pulun utk budak SPM le pulak. Dah mula dengan bengkel dan latihtubi.....kira nak masuk gear 3 dah. Trial seminggu je lagi............

MUSYKIL

Eh ada ke orang sesat masuk blog ni. Takat ni takda le pulak orang masuk rasanya. Tetiba jer dapat emel mempertahankan tindakan si sepon tu. Aku takder pulak kata dia tu sengaja nak dedahkan aib.......... kot ler kena ugut ke. Politik ari ni payah nak ramal......... Orang sanggup buat apa saja. Rakyat marhaen yang mahu berfikir tentu akan keliru. yang marhaen tapi tak fikir akan terima bulat-bulat.............!

Sambutan Bulan Merdeka

Merdeka.....Merdeka .....

Tahun ni kita kasi gempaq sikit. Dapat member baik punyer.... panitia sivik n kelab rukun negara yang banyak dit tu, sedap le aku bagi idea..... Kitorang kasi meriah sket.... sekolah lain lum lancar, kami siap dah, sejak awal bulan lg, takdan tunggu 15 Ogos. Masuk September orang len le buat pulak........ yang penting ni buan panitia kami.........

Tak sangka le pulak komitmen bebudak ni amatlah memberangsangkan. Siap tunggu buat latihan pulak petang untuk sketsa. Persembahan dasat............ Penonton pun tak bergerak dp tempat duduk masa tu. Biasanya belum 3.30 dah gelisah. Ini steady ke sampai ke sudah. Paling gempak rumah teman le............ Eh..... aku penganjur tak campur tau, kasi idea sket je, yang lain semua depa buat sendiri. Skrip pun budak buat...... Yang bengangnya "Dato Onn" gelabah atas pentas. Keluar le skrip spontan......... Ada ke Dato Onn garang gitu.........!

Pagi tu buat permainan tradisonal. Batu tujuh n main tuju tin. Meriah sungguh..... cikgu2 yang lebih, teringat masa kecik2 dolu.... paling gempaq tuju tin............ Nasib baik le masa ngam2 je waktu koku pagi n petang rabu tu. Rabu minggu 1, buat larian tangga, gempaq juga. Masalahnya ada yang terover pi terjun tangga, sampai bengkak kaki. Depanaku le pulak! Tunjuk hebat kot.... Pi xray le juga.

Kuiz ni yang takda hari dah nak buat. Minggu ni kan cuti. Buka je sekolah dah trial PMR. Kira koku pagi tak boleh ambik. Petang pulak ada pertandingan wau. Mesti gempaq jg ni..... Nampaknya kena buat kuiz bertulis le.................. Hari 28 (kebetulan my besday!!!) dah nak buat kemuncak sambutan. Ada persembahan dan penyampaian hadiah. Geng Dato Onn menang, harap2 persembahan tak kalut cam hari tu. Yang bebudak Tg 5 pun sibuk nak buat persembahan. Tahun akhir lah konon....... Aku bagi depa 7 minit je..... takat buat iklan merdeka tu dan sangat....... Tunggu selesai nanti ada laporan lg..........

Ngeri....................

Salamz.
Biasalah sibuk ke takdan ke ntah apa2 ke datang lg smpai tak sempat nk update. Banyak benda dlm kepala ni...............

Aku nak termuntah le dengan politik Malaysia ni......... ngalahkan Amerika. Nampak dah kita menuju kehancuran ni. Takkan le depa ataih tu tak sedar2 atau sengaajaaaa tak sedar diri. Sawan kot, pakat dok gila kosa, Tak pikir agama dan bangsa dah...... Tak sedor2 ke orang seberang tambak dok teropong tunggu masa je.......... kalau geng sini naik, pakat2 join dengan geng sana, kalah Yahudi nanti!!!! Depa pun bukan cukup tanah tu.... Masa tu sapa nak jawab???????????

Yang si Sepon gila babi ke........... Nampak muka macam suci je. Eh eleh...... tenang semacam je mendedahkan keaiban. Rasanya orang tak cerdik je boleh terima .............. ada ke dia kata kena paksa???? Musykil le juga kan..... orang pompuan pun pandai gigit ke, lawan le. yang hang siap orang boleh "buka" .............. ish..... awak tu muda belia lagi takkan le tak boleh lawaannn orang yang dah tua tu..... Ingat senang ke nak .............. nak sebut pun geli.......

Yang perancang tu pun, takda ke idea lain............. dok guna idea lama tu apa kes???????? Cari le modal lain yang canggih lg....... Atau pun budak ni kena ugut ke?????????????? sampai sanggup kena laknat hingga ke hari kiamat.......... Kalau takat duit, tak sanggup rasanya.... tapi.... kalau kena ugut bunuh ke.... sendiri ke famili ke, boleh jadi......... untuk mempertahankan nyawa!!!! Macam sorang kawan tu kata ada ke lagi orang yang imannya sekuat Asiah ke Masitah ke...............????

Adussss bab laknat ni ngeri le pulak. Kot dia sorang kena takpa. Kot kita sekali semua kena sapa nak jawab???????????????? Umat Malaysia oi....... Sama2 le doa kita yang tak terlibat ni dijauhi dp bala Allah............... AMIN! (Bila baca kes Sharon PM Israel tu........... ALLAH timpa kat dia, ok le........ ) Pakat2 buat solat hajat le biar ALLAh tunjukkan kebenaran kepada yang betul2 bersalah...............

Qiyamulail

Salam untukku yang baca blog ni sorang2......

Baru sat tadi malam aku balik dr sekolah. Ada qiyamulail budak lelaki tapi GK2 kena pergi jengok juga. Ni yang aku malas ni.................

Bila budak2 tu selesai makan n siap2 utk solat maghrib, baru le kami makan dan undur pelan2 balik le! apa lagi..... Takut tau, balik malam2, dah le aku ni kureng le sikit bab2 bawa kereta malam ni......... dah le jalan kg ni bukan ada lampu. Tapi banyak le pulak kereta malam2 ni..... Dulu2 budak2 rajin ngusik, kat jalan ktpi tu....... kat titi tu.......... ish.....

Boleh dok update ni, kirannya aku dah selamat sampai balik le.

Cikgu2 lelaki tu...... siap nak panggang kambing lg malam ni. Bio le depa penin........... Gulai kambing pun ada. Budak2 makan lauk ayam je. Siap bertambah2 nasi tadi..... Badan dok tengah naik, makan pun lalu. Tapi yang bengangnya, ramai yg tak mai. Tunggu le minggu depan kita buat program khas utk depa......... Kiranya yang hadir tu buleh ulang makan nasi lg mlm ni. Kenyang le depa............ Rasanya ada yang tak tido lg tu, dok makan bek..... Sok pagi tak terjaga nak qiyamulail apa............ Time bdk pompuan sok, kami nak panggang apa ye........


Yang aku pun tumpang brjaga mlm ni Dekat pukul 3 dah. Sat gi kita gerak depa mangkit qiyamulail.................

Kiranya dapat juga aku buat 4 entry malam ni................ Lupa pulak ada lg satu cerita kami geng sekolah pi Kelantan n Ganu ari tu! Lain kali le citer pulak.............

Guru Kanan

Salam untukku...............

Guru Kanan?????? Jawatan2 ni yang aku paling boring. Semenjak2 aku layak sejak awal2 90-an dulu, benda2 ni yang aku paling nak elak. Tak larat dah nak tulis surat tolak jawatan. Ntah ngapa aku fobia dgn jawatan2 pengurusan ke.... petd ke..... Kawan2 aku kat sekolah lama dulu rasanya pakat2 jd pengetua dah......

Masa knuri kat sekolah hari tu ada member kt PPD dok habaq, surat GK mai dah. Dia dok ready nak buat perjumpaan dgn GK2 yg baru dilantik ni termasuk le aku. Cis...... Tapi dia habaq awai yang kami dr sekolah ni akan kekal di sini. Yang dr sek2 lain nun ada yang kena tukau sekolah!

Sapa la yang anto nama aku ni......... Memang le aku dh lama wat kerja ni sebab sekolah B dulu tkda GK jadi sek buat lantikan dalaman. La ni sekolah takda A ke B ke... Semua sama so semua kan dapat GK mata pelajaran lantikan hakiki dari jabatan. Serba salah juga nak tolak, rasa macam mengada-ngada pulak.

So satu hari Senin tu kami pun dipanggil ke PPD utk terima memo. PPD sendiri yang serah memo. Tahniah leee kepada aku yang terpaksa menerima juga jawatan yang aku memang tak teringin ni. Ikut ati nak jd guru kiri sampai pencen. Aku jelous le pulak sorang kakak kat sek aku ni. Dah banyak tahun dpt DG 48 tapi relax je jadi guru biasa........ Aku ni baru DG 44 dah banyak dugaan...................

Sekolah kecik macam sek aku ni, jadi GK takde apa pun istimewanya..... masih dok kena pegang macam2 post lain sebab tkda orang len dah ................. Aku le Ketua panitia, guru kelas, pegang persatuan, SU perhimpunan etcccccc............... So apa ke "jadah"nya?????

Lepas ni kalau mari lagi kena jAWAT PK KE...... APA KE............. KIRIM SALAM LE!
Macam le aku ada hak menentukannya............. Senang je kot, bila wat keje tu, ala2 kadar dah le! Tapi rasa berdosa le pulak makan gaji buta ye..... susah, susah...........


Aku ni bukan le bagus sangat tapi agaknya yang lain tu lagi tak bagus ke??????????????
Agaknya the bagus among the tak brapa bagus..... Mungkin juga


PPD siap kata perlantikan ini bukan berdasarkan senioriti tapi aku memang le antara yg "lama"!
Bio le si luncai terejun dengan labu labunya............

Kenduri

Salam

Hari tu sekolah wat knuri. Ada sorang old boy tu bagi lembu sekor. So kami korban le hari buat jaya waris (sain report card). Walaupun hujan punyala ramai waris mai..... Baru le tahu depa ni sukan makan knuri. PPD pun mai. Siap ada sidang media lagi. Kuar kat eduweb tapi aku tak buka tengok pun. Muka aku ni mana nak ada, dok kat ceruk balai nyenduk lauk kat budak2.... Puas budak2 makan walaupun hujan. Yang kat balai parents, dengar citer ngeri juga, lauk macam nak abis je. tapi cukup ...... Sup tu sedap pasai daging baru tapi aku tak brapa brani nak makan.......

Lepas tu ntah sapa2 le angkut yang lebih samapi ajk jamuan tak sempat nak tapau bawak balik. Nasib baik le depa simpan kaki2 lembu tu. Esoknya kantin masak sup lain. Bagus betul adik pin kantin ni, tak pernah berkira dengan cikgu2, masak free je n siap masak ikan utk kami yang kureng makan daging ni. Murah le rezeki budak tu....

Yang sponsor lembu tu sorang old boy sekolah ni. Ish...... tetiba je jadi jutawan. Kontrak sampai luar ng. Macam2 dia bagi kat sekolah. Kawin pun belum, murah rezeki budak ni..............
Tu depa dok sibuk rancang jubli perak sekolah 2 thn lagi. Tumbang lg lembu rasanya.............

Hari tu pun knuri sekali dengan mula guna balik surau yang baru di naik taraf. Itupun lebih RM100ribu tapi yang ni peruntukan mana ntah datin pengetua kami dapat! la ni dia dok sibuk Jubli Emas Sultan. Sedia2 takda kat sekolah. Ari tu pi Brunei ngadap raja B jemput dia mai Kedah tapi raja B tak leh mai pasai ada acara kat ng dia. Penat juga jadi isteri somebody ni ye....

Chow sat.............salam!

Boring Giler

Assalamualaikum.
Lama giler tak update. Citer banyak tapi takdan nak ngadap. Connection pun lambat mak ngot, tambah le nyaampah. Last update ari tu pasal apa ye?????

Dekat sebulan dah anto akak pi uitm. Kemasukan very simple n fast. Tahniah kepada pihak IPT yang perkenal sistem baru. Masuk je pagar trus dapat kunci n terus naik bilik. Isi borang etc semua dalam bilik. Mak2 sempat tolong ngemas sementara anak pi anto medical check-up. Pastu boleh bawa anak2 keluar kot nak cari apa2 barang. Kul 4 anto anak masuk semula dan parents boleh balik dengan lega. Cerita lain anak2 urus sendiri dengan fakulti atau asrama dll......
Dulu2...... buang masa dok berbaris daftar ntah apa2.

Abih orientasi je akak dah join program anak angkat. Pulun..... Konon kena aktif kot nak dok kolej tahun depan. Ye ler. Dapat room mate pun yang sekepala. Baru sekali kami pi jengok dia. Abih dah sibuk manjang bila ujung mgu. Ari jumaat je yang ada nak pi, hari lain adik2 tusyen. Dia dah start masuk dapur. masak telur jer..... tapi siap anto mms gambo masakan tu. Dah le aku poser hari tu.

Dia tension kena belajo French. Ok apa..... kata nak pi luar ng sangat. Pulun ler. Buku mahal2 pulak tu. Management etc.... adus. Dah le pinjaman pun tak buat. Kerja dok masuk duit je ler....

Nasib baik le adik pupu ada kat sana dok jengok2 dia. Kemarin katanya pakdin anto macam2 buah termasuk le durian. Amboi, kenduri sakan le.

Manggis tu mesti dari pokok yang aku dok panjat zaman sekolah dulu. Studi atas pokok tu, fuuyooo. Monyet pun kalah! Teringat le pulak lama dah tak balik kampung. Sedih le pulak.... tak de sapa kat sana. Yang geng kamceng dah arwah belaka....... Mak sedara sorang tu pun asyek dok merayap rata..............

Urut, cuti & rumah

Lamanya tak masuk. Tingat citer pasai pi ngurut tu. Berkesan punya promo, malam tu juga 2 pesakit pulun nak pi. Asainya depa yang habaq, tapi pakat takut nak cuba. Bila I selamat baru pakat berani, cis..... he he... Su yang slip disk teruk n dok pi fisio kat spital weekly tu pun makin ok. Tu le..... menderita punya lama, penakut punya pasal!!!!! PK kita tu memang teruk sikit sakitnya, so sekali pergi tak baik lagi... kena dok ulang kot. I ni pun bukan baik betul lagi........... Nak bangun pagi tu kena senaman angkat kaki dulu. Harap2 boleh kempis sekali....wow! Ada lagi.... yang cadang2 nak pi. Harap2 pakat2 sihat le kawan2 kita....

Cuti dah dekat seminggu dah ni. Macam takder apa2 perkembangan pun. Anak2 sibuk pi tusyen. Kita pun dah 2 hari pi sekolah. Yang nampak pun tanam pokok 6 batang kat rumah sana. Punyala semak samun. Nasib baik berjiran dengan orang sibuk yang tak pindah mcm kami dan semak juga rumah dia. Kak Ah depan rumah tu pun ntah pi cuti kat mana. Jiran belakang tu ada. tapi...... risau pulak I. dok kerap pi, takder le dia nak keluar menegur ke.... Pemalu kot. Bio le kita baik sangka. Kadang2 I dok riuh sembang dgn piah kat seberang jalan, kak ah kat depan, Adam kat penjuru depa boleh dok senyap je dalam rumah. Risau le pulak. Dah penaik tembok pagar sempadan rumah kita tu.... Tak tanya pun, kot le nak kongsi bayar ke.... kita pun tak tanya. Kot le dia memang nyampah kat kita..... Dok cakap juga kat kak ah, "orang tu tak tanya pun, kita pun diam je," he...he....

Dok bengang kat abah ni, kita dah siap buat senarai kerosakan, dia tak bawa pi pejabat pemaju pun. masa dah suntuk.... Dengan letrik tak cuba, lampu tak pasang ..... Ish....ish!
Pelan pun tak buat lagi nak tambah 3 ruang kat belakang tu. Tak cukup bilik tido..... Bilik tamu pn tak ada. Agak2 tinggal tanah 10 kaki je kat belakang tu.... Kat tepi luas lagi, sampai tak larat nak jaga, semak.......... Angan2 je tinggi nak bertaman-taman... Tak habis dok ngadap majalah Laman. Macam terapi pulak.

Nikmat sihat bagi yang biasa sakit!

So, petang kemarin dengan terujanya tunjuk plan kat abah. Ok bah kita pergi malam ni, budak2 takde tusyen. Fisio Cina ni, Mr Ong buka bisnes malam je.

So lepas maghrib meraba lah kami mencari lokasi dalam kegelapan malam. Sempat le pusing2 2, 3 round pasai sesat. Akhirnya jumpa tapi mak oi, banyaknya kereta dan orang. Masa tu agak2 8.30. Tunggulah dengan sabonyer........ sambil sembang2 dgn pesakit lain. Tengok kesan rawatan, dasat juga. Ada yang sekali prappp leher dah hilang sakit. Ada yang sakit kaki boleh balik dengan langkah bergaya................ wow!

Sambil tu tak putus kita berdoa, sembuhle aku............ Dekat pukul 11 baru sampai giliran. Kes macam I ni kena masuk bilik. Pembantu dia yang rawat. Kalau sikit2 kat luar je. Dia yang cek dulu. Bagus pulak fisio Cina ni tak selak banyak...... Dia cari point kat luar baju and jeans jer.... Masa nak sapu minyak je, kena kulit. Itu pun sikit2. Syukur........... Abah ada sekali!!!

Katanya tulang belakang ada slip 3 tempat. Dia kasi prrrappp, macam masuk balik je.
Tapi kat kaki n bontot sakit lagi. Macam2 le dia cuba. Cari point sini sana. Dia dah agak mesti lama dah jatuh ni.......... ye ler dah masuk 5 bulan....... Itu pu tak habaq yang dok jatuh bilik ayaq berapa kali tu......

Dekat setengah jam tak hilang sakit bahagian tertentu............ kalu gerak dok sakit juga. Sampai kena panggil Mr Ong. Bila dak agak2 ok, berenti le rawatan. Keluar tengaok orang dah koi cerah kat depan........ Depa tu agaknya 10 minit je sorang. Dia bagi balm sapu n ubat makan. Lega rasanya........ walaupun ada le sikit lagi nyeri seskali tu. Ye la sakit ni mai macam ribut, perginya macam semut!

Specialnya dia ni Dr RM 20. Macamana ubat pun dia ambik RM 20 jer.
Balik tu dok seriau juga nak jalan n nak sembayang. ok je..... ALHAMDULILLAH. Harap2 tak berulang.....

Kat sekolah dengan terujanya bercerita sampai ada dah beberapa orang yang tergoda nak cuba. Yang tak sabo2 nak pi malam ni pun ada.............

Alamat dia. 2041 Taman Bunga Raya, Tongkang Yard, Aloq Staq.

Nikmat sihat pabila sakit......................

Hujung tahun (disember) baru ni aku terjatuh. Masa tu ngantor keluarga maklang yang datang ziarah eman sunat. Elok jer aku jatuh dengan gaya sopan melongsor depan maklang. Terlipat juga ibu jari dan terhempap juga bontot. Nasib baik bontot ada "kusyen"! Adoi.... pastu ibu jari kaki sakit le. Biasa je kan, sikit2........ sapu2 minyak gitu2 je le. Sampai le ke tahap tak boleh pacak ibu jari masa duduk antara 2 sujud. Sakit pun mula menular ke sepanjang betis, ke paha naik ke pinggang. Masa bangkit dp duduk atau bangkit tido, memang power sakit dia.......... Bila dah lama berdiri dan berjalan ok pulak. Ntah fesyen apa.

Pi le cari tukang urut, ikut member yang pi ngurut juga. Tukang urut tu lelaki! Dia urut ibu jari , kurang le sakit. Dia urut bawah lutut nak kesan apa penyakit yang sakit sampai ke pinggang . Dia suruh bawa sirih pinang nak jampi n supaya tak payah kena urut sampai ke atas. Siap berdoa panjang, minta petunjuk takut2 kena urut........ Allah dorong susah nak dapat pinang sirih. So tak pi jumpa bomoh tu.

Cari pulak tukang urut pompuan. Siap urut satu badan. Hilang sengal2 badan tapi kaki dok camtu juga. Rasa2 dia tak berapa pandai bab silap urat ni. Siap minta petunjuk Allah. Tiap kakli nak pi, ada saja hal. Tak kita, dia yang ada urusan. Comfirm, ini petunjuk Allah.

Masuk April n Mei ni, rasa makin teruk. Bergerak kuat sikit sakit. Turun naik tangga pun sakit. Baring dan duduk lagi le sakit. Tapi jalan selamba je. Kalau tak habaq org pun tak sangka kita dok tahan sakit. Kat rumah je dok potpet minta anak2 buat kerja......... Tingkat atas pun tak naik dah............

Riuh2 kat sekolah, dapat tahu pasal sorang fisioterapi Cina yang kononnya very pakar. Kawan yang cadang ni siap dengan plan jalan dll. Teruja juga. Biasanya kalau fisio cina ni quite good. Doa banyak2 moga Allah izinkan kesembuhan dan jaga maruah. Takut kena buka2 masa urut.............. mau balik camtu jer! Sambung cerita dalam the next post....... Excited nak cerita ni....

Hari Ibu

Hari ibu yang dirahmati dengan hujan yang lebat dan kilat sabung menyabung.
Belum subuh lagi terjaga, nampak faris dah bangun. Apa dia buat ye.................
Ada agenda tersembunyi rupanya. Dia buat kad hari ibu dan masukkan dalam handbag.
Ingatkan akak. Dia yang selalu buat kerja gitu, dalam kereta la.... etc...... Canggih dah dia la ni.
Pakai emel n sms. Adik2 tak brapa nak pikiaq lagi bab2 tu........

Kat sekolah, ada ex student anto kek punyale besor. Kenyang le cikgu2.

Balik sekolah, siap ada hidangan yang depa pakat tak makan pasai tunggu mak balik.
Wow, akak masak ayam "steak" lada, sos lada n muffin lagi. Siap pacak greeting atas muffin tu.
THANK YOU................. LUV U ALL.

Temuduga Maktab

Ish....ish........ susah pulak nak tduga maktab sekarang ni yer....... Siap kena buat esei, ada ujian, tduga individu, tduga kumpulan etc..........

Zaman kita dulu, pi tduga individu je, dapat masuk. Tak le penin sampai rasa tak larat nak buat.

Kakak nak pi tduga esok. Esei pun dia tak siap lagi. Baca untuk ujian je. Mak dia pulak yang lebih dok kumpul bahan. Dianya ntah bila nak baca. yang betoi, ati dia dah kat uitm nun....

Kita yang suruh pi juga, cari le pengalaman. Tak rugi pun. Pengetahuan baru dapat. Dekat rumah je tduga. Lintas jalan, jalan sikit terus masuk pagar IPDA. Kalau dapat kira bonus le, masa tu kita buat le solat istikharah. mana le tau kot dapat pi UK ke NZealand ke.... Yang UK tu twin dengan IPDA je. Boleh ulang alik dari rumah......

UITM pula dia dapat Penang. pak Din dah sibuk tepon, ajak dok rumah dia. Sbelah pagar asrama uitm je. Bio le dia belajo dok kat asrama. Jengok2 le kot ada apa2 keperluan. Mudah2 je rasanya rezeki kakak ni. Alhamdulillah....... Dok berangan dah nak melayan anak2 Pak din yang comel2 tu....... ish!

Harap2 mudah le tduga esok. Abah pun sakit kepala. Kot dapat member dia yang tduga ok le.... Rasanya payah, dah le in English!!!!

KAKAK lagi...................

Budak sorang ni penuh dengan kejutan. Kasar pun dia, melawan dalam diam pun dia. Degilnya.... Tuhan je yang tau. kalau tak nak buat, dia takkan buat. tapi kalau dia nak buat, habis kena kalau ada gangguan.

Ntah hari apa hari tu, bengang kat dia. Tetiba dia call kat sekolah. Akak dapat interview maktab, TESL yang pi luar ng tu. Exited kot, tak tau nak habaq kat sapa, lupa kena marah malam tu. OKlah. Prepare le apa yang patut, kena cakap omputih. Cepat lak tu minggu depan dah. Orang lain kena ujung2 bulan ni. TDuga kat IPDA je, lari pun sampai. kira ok le.

Dok Jumaat, buka keputusan keIPT, dapat pula UITM kursus kulinari yang dia minat sangat tu. Murah pulak rezeki budak ni................. Kena buat istikarah, kita tak tau mana yang baik utk masa depan. Allah je le yang tau................. Bio le DIA yang tentukan. Tduga maktab kena prepare dan pergi juga. Mana le tau kot dapat pi UK ke NZealand ke. Boleh mak dia tumpang sekaki.....

Apa2pun biar le ALLAH yang tentukan. AMIN

Ape ke heay nyer yong senja2 buta buka blog ni?
Saja nak update beberapa event kot lupa.
Khamis - akak kabo dapat matrik Kedah.
malam pi ngaji haji
Jumaat - pi ngurut kat kakZah. Bukan takat kaki yang sakit tapi satu badan juga oooo.
fuh ringan badan.
Sabtu - depa SMS minta pi sekolah. Mesti nak minta susun fail.
udah-udsah le tu weh...... teman tak larat dah. Benda remeh temeh pun nak jemput orang
sekampung! Tau le orang datang nak pantau awak. Kami dah siap hari Khamis dah.....
Belajo2 le work smart, bukan work hard..... Apa ke heay nyer yob???????
Malam dalam hujan yang tersangat lebat, pi fotostat n gunting rambut Faris
Ahad - Orang JPN mai mantau. Mula2 ingat Det yang mai. Tengok cina yang fussy yang mai
last year tu.
Pi LHDN selesai masalah cukai n buat E-Filing.
Isnin - Pi bank ambik kad credit n tukar jenisnya.
- pi kedai specs perbetul specs yang tak clear2 tu......
- senja ni dok update..............
- da.................

Lega sket........

Assalamualaikum..............

Semalam miting n balik lewat, rasa macam nak pecah kepala. Bengang 100% pasai kerja menimbun sampai takdan nak buat. Pressure betul. Semua nak cepat, semua nak tiptop.
Nak mampus??????????????

Hari ni ada lega sket, balik awai sket. Mandi2 bagi sejuk, solat, tepuk2 bantai bagi gebu, tidoq bagi lupa dunia sat. Malam ni ada la mood sikit nak buat kerja.

Esok budak2 ujian, boleh la curi masa buat kerja mana yang patut sambil mengawas depa. Jangan ngantuk dah. Bab jaga exam ni memang aku tak tahan. Mengantuk giler, pasai dok besa bercakap dalam kelas.

Tadi bos kata maybe nak tangguh hari anugerah, so tak kalut sangat. Boleh le prepare orang JPN nak datang minggu depan. Pemantauan tak berhenti................

Banyak cerita ni tapi tak dan sedia-sedia................. Da.........

Kakak......kakak........!

Mengingat balik kerisauan kakak tak nak pi tusyen last year & debaran menunggu result SPMnya..................

Memang le ALLAH tu maha pemurah. ALHAMDULILLAH. Dah le tak pi tusyen, belajar pun nak kena kerah. Yang harap pun, tusyen kat sekolah tiap2 hari. Maybe dia tumpu dalam kelas kot......... Yang cikgu IT pulak, sampai tidur2 malam kat sekolah.......

Kesimpulannya, tusyen tu tak perlu kalau cikgu betul2 pulun dan pelajar betul2 tumpu. Mungkin otak dia pun boleh tahan. Kalau dia pulun lebih dan pi tusyen luar mungkin boleh dapat semua A. Dia harap subjek faham je dan aplikasi je. Yang kena studi macam sejarah, chem n bio tu agak kurang. Mat, PHYSIC, BI, BM & IT bolehle..... BI ari tu dok risau The Pearl la, apa-apa la, nasib baik A1 juga. Adus..... anak2......

Ni buat hal lagi, dulu2 gila2 minat Dr Mazlan dan angkasanya. Masa tu belum heboh Dr SMS lagi, masa dia lower form. La turun terus pi ceruk dapur. Ntah mana datang minat kulinari pulak............... Biaq pi la, asalkan berjaya! Amin.........

Cuti n result SPM

Minggu lepas cuti yang macam tak cuti. Abang ada tusyen. Abah ada kelas. Mak pi sekolah ada kerja. Mengundi lah pulak................. terkejut lah pulak dengan keputusannya! Wow.... BA dapat 5 negeri. Yang btgjawab tak sedo diri juga , saja le.....

Result SPM pun keluar. Kalut pi tengok keputusan kat sekolah, suspens le pulak dengan keputusan akak. Ish...... dengan tak studi tu berapa A le dia boleh dapat.

Eh..... dapat pulak 5A! Cuma sains n AMat yang credit je. BI n MMat A1 le pulak..... OK le takat memenuhi syarat memohon IPTA. Lekat le mana-mana satu, insyallah. Minat kulinari ish.... n apply juga tekno makanan. Siap minta TESL maktab yang pi oversea tu. Wow..... manala tau kot ada rezeki. Memohon n berangan tak salah kan..... Mak yang suspens lebih. Dia relax je. Dalam hati ntah le................ Sama2 le doa bagi dapat sesuatu yang menjamin masa depannya. AMIN!

Sukan.......

Ini le rutin awai tahun yang memenatkan. Dari minggu pertama bebudak ti pi sekolah petang. Cikgu biasa la ikut giliran. Biasanya at least 1x le seminggu. Ramai yang tak balik, maknanya dari 7.00 pagi keluar rumah sampai 6 ptg baru jumpa rumah. Heret le sekali buku latihan dan buku rekod yang takdan nak dikerjakan. Jawabnya malam ada kerja extra. Pejam mata baru le berhenti kerja!!!!!!!!!!!!!!!

Tadi ada orang nak buat demo periuk kat sekolah. Kebanyakan cikgu kat kelas so depa tunggu rehat nak buat demo tapi kantoi...... cikgu2 kalut dengan lawatan pihak atasan dan persediaan sukan. Mengalahkan bilik gerakan pilihanraya! Ada kot sorang dua yang sempat ngadap. Baru depa tau, camana kerja cikgu yang diftnah tunggu gaji je ujung bulan tu. Tau takper.....................

Hilang lagi...........


Kita faham le perangai anak-anak yang nak bebas sikit. Ada rasa nak tau. Rasa dunia ni aman dan selamat. Tak tahu ada bahaya di sekeliling kita. Rasa tak mengapa tu kuat........

Malangnya dunia ni tak selamat langsung apabila mereka terlepas daripada pandangan kita.
Anak kita yang bongsu ni, laju sikit. kalau pergi shopping tak larat nak kepung. Asyik terlepas je... Sekali tu memang kami menggelabah giler. Tetiba dia takda, orang lain semua ada. Masa tu kat Mid Valley cuti hujung tahun. Orang memang le ramai, puas pusing tak jumpa. Cuma kami tetap kat tingkat yang sama. Memang ler tak tentu rasa, tak tentu hala....... Dia ni perangainya suka masuk kedai cenderahati tapi tak pandai nak begitau orang ke, nak ajak kita ke..... Ntah macamana akhirnya muncul camtu je...... Tak lepas dah....

Sekali lagi tu kejadian kat Langkawi yang banyak kedai cenderahati tu.... Malam pulak tu..... Terlepas juga, cari le punya cari. Masuk kedai cenderahati, ralit sungguh.... Jumpa le. Adus rasa nak luruh jantung!

Apabila sesuatu berlaku kat orang lain, kita jangan dok konfiden hal tu tak kan berlaku kat kita. Pesanlah kat anak-anak langkah2 masa kecemasan. Bekalkan depa henfon, biar yang murah pun asal boleh dihubungi apabila kecemasan............

Moga ALLAH lindungi anak-anak kita. AMIN....................

HILANG.....................

Hilang??????? Hilang kucing sekor pun kita dah mengelabah bewak!!!!!! ini pulak hilang anak.
Tak boleh......tak boleh nak bayangkan............................. Hilang sekejab je pun dah rasa tak tentu hala. Sekali tu, anak tersangkut dalam lift, baru darjah 1 & 2. Yang lain tu, pulun keluar awai, yang depa 2 orang ni ralit main-main. Apa lagi, pakat lompat naik tangga. Dua tiga orang tunggu kat merata tingkat, kat pintu lift le...... tempoh beberapa minit tu pun dah tak tentu hala. Kita pun tak boleh nak agak, cerdik tak budak berdua tu. Depa pun pandai keluar tapi kita risau kot tak jumpa kita jer..... Tu pun bangunan tak besar mana, tangga n lift tak jauh mana........ Kat mana tu???? Kat Aloria masa ada banyak kedai kat situ suatu ketika dulu. La ni dah tak ada apa rasanya, sayang bangunan tu....... Budak berdua tu pun dah 17 & 18 tahun. Hari ni besday kakak. HEPI BESDAY!!!

Moga SARLINIE selamat. Itulah doa kita setiap hari. Amin...........

Budak2 sekarang

Dua hari lepas kakak kita tepon. Nak melepas tension jer gayanya. Ye le........... Dia baru pindah tempat kerja dekat PWTC, dulu kat Angkasapuri. Rumah pun baru pindah juga, masuk rumah baru kat sungai way. Dok kalut baiki rumah lama kat kg lindungan sunway. Mak oiii..... macam2 penyesuaian kena buat......

Tempat kerja makin jauh, naik komuter. Balik terus pi rumah lama, kebetulan sibungsu belum dapat tukau sekolah. Malam pukul 1 ke 2 ke baru sampai rumah. Pagi pulak bangun awal nak masak pasai dekat2 situ tak der orang jual lauk. Penatnya.................... Ada anak dara sorang baru grad n dok cari kerja. Tu yang dia bengang, tak berapa reti nak nolong. Takat boleh urus kain baju jer... masak tak boleh harap. Lauk pun tak tolong hangatkan...... Sabo je le!

Yang nak ni pun, cari kerja kira dok tayang degree. Huloq le diploma tu dulu, cari pengalaman... tu yang dia dok bengang. Ingat senang ke nak dapat kerja la ni. Dia dah tak larat nak nasihat dah....... Kita yang jauh ni lagi le payah. Kot tetiba telepon, kot terkejut. Mesti tau mak dia dok ngadu. Abih camno.............

Harap2 dia dapat bersabor banyak2......... Budak2 la ni memang macam tu. Ikut rasa dan kata depa jer.... So kita pun ambik kesempatan jolok anak2 kat rumah ni. Konon bercerita masalah tu. Yang benornya nak kabo, depa jangan buat perangai macam tu! Kakak yang ada kat umah ni dok tunggu result SPM tu, lebih kurang je. Tapi kot dipesan2 mau juga masak untuk adik2, cuma kekadang tak kena selera je. Baru trainee kat dapur. Jadi le..... Takat kain baju tu lepas le. Ada le juga inisiatif dia pi belajor kat kolej komuniti. Ambik kelas BI n masak. Sambil2 belajau bawak kereta. Harap2 tak le teruk........ sangat.

Maintain............

Fuyooo....... macam tak cayer jer. Tadi kita jumpa sorang lagi kawan sekampus dulu. Kita ni cam besa ler.......blurr jer, tak kenai kawan. Pi mesyuarat daerah dan dia mai la dok sebelah kita. Selepas sessi sembang2 tu, dia kata macam kenai jer! Dia kata kita dok cam tu jer, tak berubah...... Bior betoi! Selepas beberapa kejadian seperti ini memang ler sah kita maintain...... muka jer. Badan jangan kata apa-apa weh.... Balik raya ari tu, adik2 pupu kita dok kata " eh komer macam tu juga, kami yang nampak lebih ....... ."

Fikir punya fikir, rasanya masa tu kita biasa le kan, tak kisah sangat nak melawa2 ni. Almaklum le sibuk studi. La ni, tak le melawa tapi ada le masa sikit nak "touch up" tapi tak make up pun.

Badan jer tak ter touch up lagi..... Budak2 ni pula mengada sket. Kalau mak kurus tak keibuan le pulak. Nak juga ibu tu...... Kot le teringin nak macam kakak ke..... heheh!

Jalan-jalan


Ish.................... kalau ada masa syoknya jalan-jalan. Tapi sepanjang tahun nak cari sehari dua pun susah. Tahun ni my 3 boys semua exam besau; UPSR, PMR, SPM. Lagi la tak sempat, balik kampung pun puas atoq.

Kita jalan-jalan dalam rumah je le......

Sekolah kita dulu


Dulu masa form 6 kita sekolah kat sini. Kiranya antara sekolah terawal di Malaysia. La dok cari member2 yang sama asrama kat SMCKK 79/80. Lama tu.............. Kita ada geng kat asrama tu NK10.
Hai geng...... kot terbaca contact le teman. Ingat dulu kita janji nak buat reunion........ Ada le jumpa Get baru ni tapi memang langsung tak kenai dia, dah lain betoi. Nasib baik dia masih cam hidung terpacak dan suara nyaring ni...................Ha....ha......

Kembaq

Eh...... tak cam le kembaq 2 orang ni yang mana Ijezz yang mana Isser.............


Tambah site

Salam

Malam ni kita tambah 3 site baru lagi.
Mabuk blog kot. Kot tak terupdate jer nanti.
Kita ada banyak resepi malas. Petua merapu pun
macam2! Mesti cuba..............

Apa habaq?


Assalamualaikum. Apa habaq? Kat mana la ni?
Mai la sini................

Berangan...........











Fulamak..... tension2 ni dapat pi lepak2 kat sinun atau berendam kat sinin, best juga yer! Berangan je le............

Ish..... redup dan nyamannya..........

Macam takde kerje

Adus........... tak larat dah nak ngadap segala macam data dan laporan. Rasa nak termuntah dah. Sejak buka sekolah ni boleh bilang dengan sebelah tangan berapa hari balik time biasa. kalau tak pukul 4.30 mesti pukul 5 ke 6 ke..... Sapa kata senang jadi cikgu, dok tunggu tarikh 25 jer........... Mai try sebulan. Orang cuti sabtu, awak pulak boleh dipanggil betugas 2X sebulan. Sabtu ni pun ada miting panitia daerah. PPD baru ni cukup suka himpun cikgu ramai2. Ni nak himpun semua ketua panitia bagi semua mata pelajaran....................

Bukan takde kerje ni tapi nak release tension jab. Buku sebundle tak mark. yang tak kutip tu lain citer. Tunggu lapang2 sat ye............... Tadi dah ada Jaya Waris. Bagus mak bapak la ni, lebih separuh juga yang mai. Kita yang kelas hujung2 ni biasa la, tak sampai 10 orang pun yang mai.

Nak pi sambung kerja le pulak. Badan pun sakit2 ni, kemarin ada latihan sukan, lepak2 dengan budak2 tu kat padang, ha...ha.... dengan baju kurung lagi pasai takdan nak balik. Tetiba pulak bos buat miting lepas habis sekolah. Latihan pulak jam 4 dah mula. Habis2..... tak larat nak lari dah, main ayam dengan musang le, rimau dengan kambing le, bagi budak2 tu jerit2 release tension. Depa pun tak larat................. nasib baik cikgu sporting!

Senarai kerja yang belum selesai 2

Kita sambung lagi
baru pagi tadi kat TV
depa kata macam2 masalah
longgok kat sekolah:
samseng cikgu urus
keselamatan jalan raya
(depan sekolah)
cikgu jaga
kebajikan cikgu uruskan
dapatkan bantuan
(tengok2kan pakaian
dan kelengkapan)
zakat cikgu agihkan.

Tak pandai mengaji???
(menengah)
cikgu kena selesaikan
tak pandai solat???
(menengah)
cikgu le kena ajarkan
kepung anak2 yang nak lari balik
tak mahu solat jemaah zohor,
Di rumah, balik boleh terus tidur!
Tadi pagi pun tak sempat solat subuh
sebab bangun pukul tujuh
takda sapa nak kejut.

Pagi tak sarapan
pitam masa perhimpunan
cikgu belanja makan
nak tunggu rehat mana tahan
silap-silap terus pengsan!

Ini bukan cerita sekolah elit
sekolah asrama atau sekolah besar.
Ini cerita sekolah biasa-biasa
guru biasa-biasa
murid biasa-biasa
yang cikgu ajar habis tenaga
tapi keputusan periksa
tak pernah luar biasa
terpaksa buat laporan berjela
kenapa result macam tu juga.

Memanglah berbahagi tugas
tapi kalau guru 30 saja
tiap sorang 8 jawatan khas
tak campur lain-lain tugas
sempat ke nak bernafas????
kena kutuk kalau sesekali lemas!

Senarai kerja yang belum selesai.................1

Cikgu ke itu.........

Macam kerani je........
jurulatih ke dia?
atau tukang buat garisan kat padang?
kadang-kadang jadi tukang
memaku kaki meja murid yang tercabut,
sesekali berlagak jadi interior decorator
menghias pentas dan bilik mesyuarat,
tukang jahit pun boleh menjahit langsir
menjahit skirting atau seluar budak (yang terkoyak?)

Jangan lupa bagi makan arnab dan kura-kura,
cuci akuarium yang dah berkeladak......
Jadi jaga memantau budak melintas jalan.

Jadi misi anak-anak yang ibunya tak perasan anak demam
atau sakit perut sebab tak sempat sarapan
Sesekali kena jadi bomoh menjampi murid kerasukan,
(kenalah hafal ayat-ayat berkenaan).
Biasa le kalau jadi drebar antar murid ke hospital
singgah isi minyak yang hampir habis kat tengah jalan!

Paling susah jadi along kutip bayaran tambahan
kena jadi wakil pengarah
menerangkan apa itu yuran yang dimansuhkan!
Bukan senang nak begitau apa yang menteri
maksudkan..................

Eh ...........
banyak le lagi
yang tak larat dah nak senarai kat sini
fikir2 le sendiri...........
Kalau larat nanti2lah
kita sambung lagi.

Sekolah la.... balik!

Kembalilah musim-musim paling sibuk awal persekolahan. Tiap-tiap hari le balik petang dengan segala macam miting dan latihan. Segala macam perancangan dan dokumentasi sampai laptop pun naik boring tengok muka kita.

Tahun ni lagi dahsyat. Seawal minggu kedua (minggu pertama hari Rabu & Khamis jer!)
dah ada latihan sukan. Pi warming up konon dengan tarian pocho2 di bawah terik mentari 4 petang. Adus............. Cikgu belum balik miting budak dah sampai! 2 hari lepas berhimpun buat headcount sampai dekat pukul 5. Pakat-pakat bengap excell tu pasal kena buat ramai2. Aku le tu....! Cikgu dah tak larat, budak2 buat latihan sukan sendiri2 le..... tapi kena tunggu juga. Jadi apa2 anak orang, nak mampus kita kena jawab!!!!????

Yang mengadap blog ni pasal dah boring buat kerja. Release tension le sikit!!! Siap update blog baru lagi..... Ntah apa fe'el kita suka benor try blog baru tapi tak dan lak nak update. Ini pun ntah bila dapat masuk balik...........

Sebenornya banyak benda kita nak tulis tapi sedia-sedia tak sempat. Cuti ari tu pulun baca buku. Itu giler asal kita, tak boleh tinggal punya..... Buku Faisal Tehrani je 4 kita beli. Hikayat pun dua ke tiga ke....... Jangan gelak, kita baca Hikayat Abdullah & Hikayat Abu Hanafiyah. Buat modal bercerita dengan budak2 kat kelas.

Lama tak masuk kelas, syok pulak "berkelahi" dengan budak2 tu. Pi sekolah ni meriah sebenornya, dengan kengkawan, dengan budak2.......... Yang tak tahan bab kerja2 lain yang ntah apa2. Tanya le cikgu mana pun, takda hal kerja mengajar ni tapi kerja2 perkeranian yang mengalahkan kerani tu yang makan masa dan tak larat nak buat. Cikgu dulu2 tu komited dengan kerja mengajar pasai takda banyak kerja mengarut depa kena buat. Rancang itu ini. Pastu kena lapor tu ini pulak. Bukan sekejab2 nak buat paper work ni...... Pentadbiran tau dok "kejan" kita jer. Depa susun dokumentasi tinggi2 tunggu pemantau2 yang tak kunjung tiba tu mai.......

Bab kerja luar tak sebut lagi.............. Macam2 le program kena buat selain ngajar ni. Manalah dan nak ngabih sukatan pelajaran yang berlambak tu................... Buat le takat yang sempat. Tangan, kaki, mata telinga ada 2 je. Masa pun 24 jam je sehari..............

Esok2 le pulak. Jumpa lagi "tahun depan" hi...hi...

Hormat yang hilang

Hormat yang hilang,
mampukah kembali,
mengisi ruang hati?

Tawarkah hati,
lunturkah dedikasi,
terjejaskah prestasi?

Moga kuatlah hati,
demi anak-anak yang menanti
minda diisi
jiwa disuburi.

Selamatkah anak-anak kita?


Lama dah tak jumpa kembar ni. Isser dan Ijjez ni dah pandai bercakap. kalau jumpa kat tengah jalan pun, ntah tak kenai kot. Risau pulak dengar citer budak-budak hilang la ni. Moga Allah selamatkan kanak-kanak Malaysia. Moga Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga...... Amin!

Membaca dan menulis itu terapi. Masuk je sekolah menengah mula tulis diary. Mula tulis jurnal online sejak 2002 tapi untuk tatapan sendiri jer. Sesiapa terjengah, no hal lah.

BigFamili

BigFamili

BigFamily2

BigFamily2

Famili

Famili

Abah

Abah

akak

akak

Gen2

Gen2

Gen3

Gen3

Gens

Gens