Qiyamulail

Salam untukku yang baca blog ni sorang2......

Baru sat tadi malam aku balik dr sekolah. Ada qiyamulail budak lelaki tapi GK2 kena pergi jengok juga. Ni yang aku malas ni.................

Bila budak2 tu selesai makan n siap2 utk solat maghrib, baru le kami makan dan undur pelan2 balik le! apa lagi..... Takut tau, balik malam2, dah le aku ni kureng le sikit bab2 bawa kereta malam ni......... dah le jalan kg ni bukan ada lampu. Tapi banyak le pulak kereta malam2 ni..... Dulu2 budak2 rajin ngusik, kat jalan ktpi tu....... kat titi tu.......... ish.....

Boleh dok update ni, kirannya aku dah selamat sampai balik le.

Cikgu2 lelaki tu...... siap nak panggang kambing lg malam ni. Bio le depa penin........... Gulai kambing pun ada. Budak2 makan lauk ayam je. Siap bertambah2 nasi tadi..... Badan dok tengah naik, makan pun lalu. Tapi yang bengangnya, ramai yg tak mai. Tunggu le minggu depan kita buat program khas utk depa......... Kiranya yang hadir tu buleh ulang makan nasi lg mlm ni. Kenyang le depa............ Rasanya ada yang tak tido lg tu, dok makan bek..... Sok pagi tak terjaga nak qiyamulail apa............ Time bdk pompuan sok, kami nak panggang apa ye........


Yang aku pun tumpang brjaga mlm ni Dekat pukul 3 dah. Sat gi kita gerak depa mangkit qiyamulail.................

Kiranya dapat juga aku buat 4 entry malam ni................ Lupa pulak ada lg satu cerita kami geng sekolah pi Kelantan n Ganu ari tu! Lain kali le citer pulak.............

Guru Kanan

Salam untukku...............

Guru Kanan?????? Jawatan2 ni yang aku paling boring. Semenjak2 aku layak sejak awal2 90-an dulu, benda2 ni yang aku paling nak elak. Tak larat dah nak tulis surat tolak jawatan. Ntah ngapa aku fobia dgn jawatan2 pengurusan ke.... petd ke..... Kawan2 aku kat sekolah lama dulu rasanya pakat2 jd pengetua dah......

Masa knuri kat sekolah hari tu ada member kt PPD dok habaq, surat GK mai dah. Dia dok ready nak buat perjumpaan dgn GK2 yg baru dilantik ni termasuk le aku. Cis...... Tapi dia habaq awai yang kami dr sekolah ni akan kekal di sini. Yang dr sek2 lain nun ada yang kena tukau sekolah!

Sapa la yang anto nama aku ni......... Memang le aku dh lama wat kerja ni sebab sekolah B dulu tkda GK jadi sek buat lantikan dalaman. La ni sekolah takda A ke B ke... Semua sama so semua kan dapat GK mata pelajaran lantikan hakiki dari jabatan. Serba salah juga nak tolak, rasa macam mengada-ngada pulak.

So satu hari Senin tu kami pun dipanggil ke PPD utk terima memo. PPD sendiri yang serah memo. Tahniah leee kepada aku yang terpaksa menerima juga jawatan yang aku memang tak teringin ni. Ikut ati nak jd guru kiri sampai pencen. Aku jelous le pulak sorang kakak kat sek aku ni. Dah banyak tahun dpt DG 48 tapi relax je jadi guru biasa........ Aku ni baru DG 44 dah banyak dugaan...................

Sekolah kecik macam sek aku ni, jadi GK takde apa pun istimewanya..... masih dok kena pegang macam2 post lain sebab tkda orang len dah ................. Aku le Ketua panitia, guru kelas, pegang persatuan, SU perhimpunan etcccccc............... So apa ke "jadah"nya?????

Lepas ni kalau mari lagi kena jAWAT PK KE...... APA KE............. KIRIM SALAM LE!
Macam le aku ada hak menentukannya............. Senang je kot, bila wat keje tu, ala2 kadar dah le! Tapi rasa berdosa le pulak makan gaji buta ye..... susah, susah...........


Aku ni bukan le bagus sangat tapi agaknya yang lain tu lagi tak bagus ke??????????????
Agaknya the bagus among the tak brapa bagus..... Mungkin juga


PPD siap kata perlantikan ini bukan berdasarkan senioriti tapi aku memang le antara yg "lama"!
Bio le si luncai terejun dengan labu labunya............

Kenduri

Salam

Hari tu sekolah wat knuri. Ada sorang old boy tu bagi lembu sekor. So kami korban le hari buat jaya waris (sain report card). Walaupun hujan punyala ramai waris mai..... Baru le tahu depa ni sukan makan knuri. PPD pun mai. Siap ada sidang media lagi. Kuar kat eduweb tapi aku tak buka tengok pun. Muka aku ni mana nak ada, dok kat ceruk balai nyenduk lauk kat budak2.... Puas budak2 makan walaupun hujan. Yang kat balai parents, dengar citer ngeri juga, lauk macam nak abis je. tapi cukup ...... Sup tu sedap pasai daging baru tapi aku tak brapa brani nak makan.......

Lepas tu ntah sapa2 le angkut yang lebih samapi ajk jamuan tak sempat nak tapau bawak balik. Nasib baik le depa simpan kaki2 lembu tu. Esoknya kantin masak sup lain. Bagus betul adik pin kantin ni, tak pernah berkira dengan cikgu2, masak free je n siap masak ikan utk kami yang kureng makan daging ni. Murah le rezeki budak tu....

Yang sponsor lembu tu sorang old boy sekolah ni. Ish...... tetiba je jadi jutawan. Kontrak sampai luar ng. Macam2 dia bagi kat sekolah. Kawin pun belum, murah rezeki budak ni..............
Tu depa dok sibuk rancang jubli perak sekolah 2 thn lagi. Tumbang lg lembu rasanya.............

Hari tu pun knuri sekali dengan mula guna balik surau yang baru di naik taraf. Itupun lebih RM100ribu tapi yang ni peruntukan mana ntah datin pengetua kami dapat! la ni dia dok sibuk Jubli Emas Sultan. Sedia2 takda kat sekolah. Ari tu pi Brunei ngadap raja B jemput dia mai Kedah tapi raja B tak leh mai pasai ada acara kat ng dia. Penat juga jadi isteri somebody ni ye....

Chow sat.............salam!

Boring Giler

Assalamualaikum.
Lama giler tak update. Citer banyak tapi takdan nak ngadap. Connection pun lambat mak ngot, tambah le nyaampah. Last update ari tu pasal apa ye?????

Dekat sebulan dah anto akak pi uitm. Kemasukan very simple n fast. Tahniah kepada pihak IPT yang perkenal sistem baru. Masuk je pagar trus dapat kunci n terus naik bilik. Isi borang etc semua dalam bilik. Mak2 sempat tolong ngemas sementara anak pi anto medical check-up. Pastu boleh bawa anak2 keluar kot nak cari apa2 barang. Kul 4 anto anak masuk semula dan parents boleh balik dengan lega. Cerita lain anak2 urus sendiri dengan fakulti atau asrama dll......
Dulu2...... buang masa dok berbaris daftar ntah apa2.

Abih orientasi je akak dah join program anak angkat. Pulun..... Konon kena aktif kot nak dok kolej tahun depan. Ye ler. Dapat room mate pun yang sekepala. Baru sekali kami pi jengok dia. Abih dah sibuk manjang bila ujung mgu. Ari jumaat je yang ada nak pi, hari lain adik2 tusyen. Dia dah start masuk dapur. masak telur jer..... tapi siap anto mms gambo masakan tu. Dah le aku poser hari tu.

Dia tension kena belajo French. Ok apa..... kata nak pi luar ng sangat. Pulun ler. Buku mahal2 pulak tu. Management etc.... adus. Dah le pinjaman pun tak buat. Kerja dok masuk duit je ler....

Nasib baik le adik pupu ada kat sana dok jengok2 dia. Kemarin katanya pakdin anto macam2 buah termasuk le durian. Amboi, kenduri sakan le.

Manggis tu mesti dari pokok yang aku dok panjat zaman sekolah dulu. Studi atas pokok tu, fuuyooo. Monyet pun kalah! Teringat le pulak lama dah tak balik kampung. Sedih le pulak.... tak de sapa kat sana. Yang geng kamceng dah arwah belaka....... Mak sedara sorang tu pun asyek dok merayap rata..............