Lenggong


Lenggong
Originally uploaded by C. Stephen
Ni ler kampung asal teman. Tengok papan tanda pun jadi ler. He...he...

Ispirasi

Dah lama dok cari buku-buku inspirasi dan motivasi yang simple tetapi berkesan. Yang banyak kat pasaran tu, kira2 ok je...... Amalan tu bukan takder tapi rasa macam kureng je. Bila terajin tu ok le tapi selalunya hanyut.................

Bab giler buku tu belum sembuh. Masa gi Melaka n KL ari tu giler beli buku2 cerita sejarah tokoh2 Islam. Beli buku panduan solat Zaharuddin. Baru ni beli buku solat dr sudut sains.

Bulan lepas pi jengok Alya kat UITM Penang. Langsung ke Jusco. Biasalah wajib masuk kedai buku. Singgah sat kat Popular. Tak beli apa pun. Lepas makan, alya ajak masuk Popular sekali lagi, dia pun gila buku juga. Belek punya belek, jumpa buku pasal Saidina Umar. memang beli punya, memang minta habis kat sahabat nabi yang sorang ni. Kemudian nampak satu buku. Tinggal sebuah je dan tak berapa ok sebab orang dok belek. Ringan je tangan mengambik dan membelinya........ Travelog Dakwah oleh Muhamad Kamil. Ok le. Balik tu baru le membelek dan membacanya. WOW...... sangat menarik dan memberi inspirasi dan motivasi. memang buku macam inilah yang dicari selama ini. Mulalah aku bising promo buku tu kat Fesal. Fesal yang rajin mengekor bila aku dok cari buku kata la pulak. "Tadi abang dah tunjuk buku tu kat mak. Mak buat derk jer. Lepas tu, mak ambik pulak." he...he.... aku le tu, selalu camtu.
Buku tu pun melekat beberapa halaman dan kena potong le pulak. Kalau dah jodoh...................... Allah tu maha Membaca hati kecil hambanya yang berhajatkan sesuatu. Itu aku sangat2 yakin sejak sekian lama dah!

Pastu mulah aku mencari blognya.......... lepas tu mencari bukunya yang sebuah lagi. Mudah je pulak aku menemui buku itu di Jitra. Jumpa pulak satu lg buku Umar AlKhattab dan Umar Abdul Aziz yang aku minat tu. Bagi Fesal baca dulu.

Aku juga terjumpa dan tertarik kpd blog Roza isteri Prof. La ni bila buka internet mesti jengok blog depa selain beberapa blog tetap. Aku yang kurang ilmu ni amat la berterima kasih atas tulisan prof Kamil ni. Walaupun tak mampu nak ikut macam dia tapi banyak yang aku belajar............. Niat dan usaha tu dah lama tetapi masih di takuk yang itu yang itu juga. Harap2 ada peningkatan.

Aku rasa amat serasi dengan kisah Prof sebab hati kecil ini pun sudah lama begitu tetapi tak mampu nak buat macam dia. Keyakinan tehadap rahmat ALLAH itu memang sangat2 sebab aku ini hambaNya yang selalu lalai dan leka tetapi tak henti2 mendapat rahmatNya. Rasa sangat malu dan rasa tak layak. Memang tak layak untuk syurgaNya tetapi takut amat pada api nerakaNya....................

Apapun mesti bermula walaupun dengan sedikit. Mesti buang tabiat buruk walaupun berdikit. Eh.... tak boleh berdikit takut tak sempat. Apa pun biar simple tetapi signifikan. (Quote n ubah skit!) . I really like that ayat. Very significant. Tepat dan padat. Apa pun biar ringkas tetapi berkesan. Istiqamah...............

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Thanks Prof Kamil!

Pia Alya!

Ni Alya masa kecik. 19 tahun lepas!



Ni Pia . Sekarang belum setahun!

Lazy No Cure

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan Salam untuk baginda Rasulullah, kaum keluarganya dan para sahabatnya.
Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Sembuhkanlah penyakit malasku ini. Telah lama aku biarkan blogku ini bersawang...........
Ya...... ampun..........

Gambo tu? Gimik je. Terkenang zaman kecik2 dulu....... ayah akan pasang lampo gasolin ni kalau kakak2 balik kampung. Cerah le rumah pada malam2 berkenaan. Hari biasa kalu, pelita minyak tanah je............. Itupun rajin studi sampai tengah malam. Sampai rabun le........ Dah Tingkatan 6 baru sedo yang dunia ni cerah. Dok ingat semua orang nampak dunia kelabu macam kita he...he.. Memang betoi, pakai je specs....... eh terang rupanya dunia ni!

Dah 3 bulan lebih tak update memang banyak berita terkini yang perlu dilaporkan. Jurnal ni bebebnonya utk diri sendiri bila suatu hari nanti nak cek apa yang dah jadi. Kot ada orang terbaca blog ni, ampun le ye...... kisah dan bahasanya memang kurang "up to the standard" untuk tatapan umum. Ya ampun.........

Result PMR Faris................... 5A je. Padan le dengan apa yang dia sediakan. Kira bersyukurle. Cuma bahasa arab buat spoil, boleh dapat E! ish...ish..... Biasa tu D je.

Eman ikut pi skolah mak. Bersyukurlah dengan petunjuk Allah selepas beberapa kali buat soalat istikharah. Takda la risau dia kat rumah. Sesekali ada miting ke kena balik lambat ke, dia suruh abah ambik. ok le tu, anak abah!

Akak? Ist sem kat UITM dapat le 3.6+++. Adalah anugerah dekan tu. Nasib baik le kita biar dia buat bidang yang dia minat.............. Tadi dia fon ngelabah ada test paper yang dia ngeri , food science. Kita pun pulun baca yasin. Siap kerah faris sekali baca yasin zohor tadi...... Dah tunda pulak khamis ni, sempat le studi bahagian yang dia tak sempat tu kot.... buat suspens jer.... 13 ni mula study leaves....... takyah balik le....... kat rumah bukan nya studi pun...........

Abang? La pi PLKN dah 2 minggu. Spm dia? 1 A je, Maths. Paper teras semua kredit tapi paper pure science lulus je. memang padan dengan cara dia studi. Tusyen pun tidak.... Harap2 dapat para-medik. Bagi kerja kat spital sorang!!! Apply macam2 tapi doa2 dapat le yang tu......... yang lain2 tu susah sket rasanya sebab semua nak kredit science.....

Kelmarin, awal2 pagi b4 pi skolah, Faris buat muka moyok, tension dengan kelas dia, cikgu bio tak masuk le..... Yang kita pun sehari dok risau kat skolah, apalah masalah budak ni. Balik malam tu, nak kaunseling le..... Eh... boleh dah ok je???? Nak kena cari tusyen bio yang power. Takat ni takda lagi. Fizik dapat cikgu Yong tu ok le. Add Maths dengan Lan Ong boleh le..... Bio n Chem ni nak cari mana?

Skolah???? tahun ni oke sket, tak ajar BM dah. Adalah lebih banyak masa nak plan sejarah. Harap2 tahun ni result ok. Patutnya lebih ok. Last year spm result jatuh tapi dah jangka budak2 yang memang tak studi tu akan gagal. Tapi puas hati program untuk pelajar lemah tetapi rajin berkesan. Amin yang agak2 nak gagal tu, boleh dapat D7, kira memang ok le. Yang biasa dok lulus je, pakat2 dapat C4. Tapi........ yang monteng tu........ memang tak dayo den nak nolong..!

Yang leganya dah letak jawatan guru kanan kemanusiaan. Bahagia.......... Ada cikgu baru dari sek. lain ganti he..he.. Boleh le buat bahan2 untuk my own subjek untuk bantu budak2 sederhana n lemah. Prinsipnya...... P&P yang simple tetapi significant..... teringat kat Prof Kamil pulak. Pinjam quotation tu ye.... menarik dan tepat rasaanya.

Ada cerita pasal buku n blog prof & roza ni. Kena buat entri baru......... Da.....dulu ye.......