Hari Raya Korban




Balik Kampung

Time ni baru sampai Sg Petani.



Baru sampai Tol Sg Dua




Ni jalan kat kampung. Dah membangun.



Ni rumah tinggalan TokNda


Lenggong


Lenggong
Originally uploaded by C. Stephen
Ni la Pekan Lenggong,
my home town.
Kecik je.
Ambik kat flikr Stephen.

It Mine.. II


It Mine.. II
Originally uploaded by azam667
Ini salah satu gambar terbaru Azam kat Flikr.
Terkenang kampung kita....
Cuti2 ni boleh le balik jengok kampung.....

Kupas kelapa!



Betul ke berlakon tu?
Betul2 tu, tapi tak larat le pulak.
Dah lama betul tak kupas kelapa.
Dulu kita memang buat kerja tu......

Eman Berlakon



Ni eman berlakon.
Dia ni pemalu,
tapi kena paksa dek Cikgu Yusri kot.
Jadi kaki pukul pulak tu!!!

Cuti

Cuti dah.......
................tapi kerja belum selesai.

Ye lah, minggu last tu dok tenson n prepare bebudak tg 5 yang nak exam tu.
Depa pun dah last minute baru sibuk nak cari cikgu. Baru sedar si...kit... kot.
Ok lah dp tak sedar langsung. Dengan cikgu2 tenson, tangguh dulu kerja lain.
Sibuk dengan jaya warislah, jamuan akhir tahun, majlis cikgu pencen etc....


Dalam dok kalut tu lah MGC Daerah buat lawatan ke sekolah YDP MGC Malaysia di Alor Star. Pi la juga. Fuyoooo..... terikut ke apa yang dia buat??? Macam2 ada, macam tu baru boleh dapat JUSA C!!!! Dia dok ulang2, "saya dah lama.... bermula dari sehelai kertas juga." Wokey..... kita pun dah ada banyak helai kertas, bolehla tambah cuti ni. semangat mesti ada, keazaman mesti kuat.......

Hari Rabu ada orang call nak ke pergi konvensyen MGC kat KL tak. La.... sorat pun takda lagi, last minute ni! Dah la tak sure lg tarikh nak anta akak pi practical, so ganti orang len lah. Depa ok je.... ramai yang nak pi. Tapi memang rugi tak pergi, cuma suntuk sangat dan ada banyak agenda yang belum selesai..... takdak rezeki!
Tahun depan boleh???????

Elok je start cuti, tak sihat le pulak. Asyik ngantuk. Hari ni selesema la pula. Tu pun tak habis lagi ngadap laptop ni. Nak kena anta segala macam dokumen. Ni baru la habis. boleh le nak update sket. Citer banyak...... Nanti sambung lagi......

Sibuk

Singgah sat je.

La ni dok kalut semak kertas final exam Tingkatan 4. Lusa nak markah dah. Dengan miting etccccccccc nak marking pun takdan.

Lebih tension prepare Tg 5 untuk spm. Tak sabar nak tunggu SPM paper sejarah selesai. baru boleh nak bernafas. La ni dok tahan nafas jer.

Eiiii cuti ni nak kena gi somewhere lepaskan tenson......
Nak ikutkan memang banyak agenda yang belum selesai tapi tak kira nak cuti juga fully beberapa hari...............

Mari Mengulangkaji









Sesaper yang tak puas mengajar tu silalah datang ngajar kat sekolah akaqqq! Akaq kena buat kelas ulangkaji untuk depa. Depa tak reti2 nak belajar sendiri...... SPM tinggal 10 hr je lg!

Hari ni Jumaat, hari cuti kat sini. Hujan pulak tak berhenti sejak semalam tapi dok teringat janji dengan depa ada kelas, kena pergi jugalah. Memang expected ramai tak hadir tapi pegi tadi adalah juga 22 orang meredah hujan untuk belajar dengan cikgu. Kita pun sama2 meredah hujan. Seriau juga nak pi amik bahan kat bilik guru, bawak peneman..... semenjak dua menjak ni "depa" rajin dok ngusik. Ntah musism apa ni.....

Kelas buat kat kantin je..... takda orang pun, kami dgn pak guard je. Agak2 kul 11, hujan reda skit, kalut2 suruh depa balik. Kot demam pulak anak orang!!!! Apa pun tak penat pi sebab yang mai tu memang nak belajar.

Kampung di Kedah

Foto ni diambil dp Flikr Rizalis, orang kedah.

Foto Flikr

Salam to me,

Dah jumpa sorang lagi fotografer dasyat punyer kat flikr. Kira sama naik dengan Azam. Yang bestnya dia dari Jitra, so banyak gambar boleh share. Azam pula banyak gambar Lenggong my hometown.

Kakak tumpang gambar korang ok tak?

Sawah


paddyfield
Originally uploaded by mzaidi.com
Nilah sawah padi............
Search Jitra, jumpa gambar ni.

Historical...??


Historical...??
Originally uploaded by azam667
Bendang kita dulu camni le. Cuma dangau (pondok) tak berdinding dan dok atas busut. Kitorang juga ada pondok atas pokok (tree house gitu) tempat ayah tunggu nak tembak babi yang kacau padi waktu malam.

Blog Celaru

Konon2 nak tukar template blog. Jumpa yang berkenan, so testinglah. Mak oi.... habis semua maklumat kat side bars...... bengang betul. Nak kena link lain dan upload gambar lain pulak. Nasib baik isi tak kelam kabut...........Satu kerja le pulak, so tunggu cuti nanti for "my" new image!

Penilaian Bertulis dan Kertas Renungan

Balik dah......... Kemarin kertas renungan. Ni aspek penilaian yang baru. Mula2 tengok video 2kali. Pastu masuk dewan exam tulis balik isu, bincang isu, cadang, buat penilaian dan bagi impak dp isu. Yang naik modal insan ke5 memartabatkan profesion keguruan. Jawab je.... berlebih2 dp 350 patah kata. Goreng je sampai berasap. Nasib tak hangit.

Pastu rehat sat...ish.... tengok orang pulun studi kita naik ngeri. tengok nota depa, fuyo tebalnya. Mesti dok target 4,4! Masa studi malam tu pun asyek terlelap, sampai dapat 6 jam!!!! mangkit awai pagi, dan search internet sat, tengok rangka PIPP, tonggak 12 dan beberapa dasar lagi. Isi takdan baca pun, dok ingat apa2 yang dapat di kait dengan soalan dan jawapan je. Ni tahap analisis, so kena masuk penilaian dan impak program. Tengok soalan exam, memang pasai kerja, nasib baik tak pulun baca. Soalan macam berulang je dengan kertas renungan dan my pembentangan pengurusan kerja. Hantam je sampai ke saat paling akhir....... Nasib la kalau dapat penilai yang suka my idea ok la. Kot tak k.o. la.......

Pastu lunch dan tumpang kawan balik. SE....LE...SAI.... satu lagi PTK.

Hari ketiga PTK

Baru lega skit bernafas. Kemarin bentang Pengurusan Kerja. Tak sempat habih semua, dan bentang 2 ja. Nasib baik yang ketiga tu boleh kait dengan soalan yang depa bagi. Kira macam bentang juga noh!!!! Awai tu tenson fuh.... tapi dua2 penilai tu nampak ok je, tenang kita tengok pun...... Depa pun tak tanya soalan mengarut tapi harap2 markah pun jangan mengarut jugak.





Ni gambo group kitorang

Semalam tenson dok hafal skrip kerja kumpulan. Apa pun tido dulu. mangkit pulak ngapai...
Tadi kumpulan kitorang first. Dan lah try kat setting. Kira2 ok la, ada forum n lintas langsung dari sekolah. Time pun elok ngam jer. Eh En Nasir yang jadi penilai! Lepas tu lega boleh tengok presentation orang pulak. Encik Dr. ketua kumpulan kami tu kerja dok timing persembahan orang, jadi kerja juga dia tu! Habis awal juga tadi. lepas snack, naik konon nak tido tapi tak dapat lama. Ni yang dok lepak melalut kat sini ni....

Esok ada Kertas Renungan n Penilaian bertulis. Lepas tu, balik.................. Hai buku ke apa ke belum baca ni, Nak jawab apa esok????? Musykil juga nak baca apa.................. Satgi kita pi lunch dulu, ada ke depa bagi maggi goreng snack tadi, nak bagi kami payah ingat ke??? Tak sedap pun, tak makan habih...ni yang rasa lapaq ni............

Exam esok ni tak berapa tenson pasai tak payah bentang kat sapa2, penilai pun tak tau jawapan sapa, hantam je lah...... harap2 dapat la A. Teringan juga pasai PTK DG 41 je dapat 4, 4. Ptk 44 dapat 3,3 je! Kalau 3 ke bawah, tak larat dah nak ngulang, Biaq pi lah..... tadi janji ngan depa lunch kul 1.... chow dulu.

Kursus TK4 DG 48

Salam
Hari pertama kursus. semalam taklimat jer. Fuh...... payah juga nak score PTK untuk DG 48 nih!
Tadi pagi Public Speaking. Selesai, lega! ramai bentang pasai stress management. Ni dok manage stress la ni..... terapi untuk I, mai dok lepak tang ni..... Nasib baik la boleh connect modem celcom ni. Hotel punya wf kat tingkat bawah dan nun..... di atas lagi!

Boring juga dok bilik sorang2, tingkat 20 pulak tu! MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DP SEBARANG BENCANA!!!!!!!!!!!

Sok ada pembentangan Pengurusan Kerja. Siap slide dengan bahan bukti lagi. Slide siap tapi hat nak bentang tu belum..... malam satni n pagi esok le. Kena cakap 10 minit. Kena bentang petang. Ok la. Pastu nak prepare persembahan kumpulan pulak........ rahsia tak boleh habaq lagi. Tajuk pun punyalah mengancam, pasal pendidikan seks kat sekolah!!!!

Hari Jumaat penilaian bertulis. Ada kertas renungan n periksa.... Ya, ampun!!!!

Nanti kita tulis lagi ye.....

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Dulu ngajor kat MC sesekali kena pi cek dorm depa kat sini le.
Time dekat nak exam ramai juga yg monteng kelas pasai nak studi sendiri!

Istana II. (HDR)


Istana II. (HDR)
Originally uploaded by azam667
Ini Istana lama kat kuale. Dah jadi muzium. Cantiknya teknik Azam amik gambo ni.

Teman ni tingat zaman sekolah kat clifford pastu ngajo pula kat koleq.
Hai kawan-kawan.....
Hai budak koleq Tg 5 1987!

Tugasan PTK

Singgah sat je. Dok tengah menaip tugasan PTK 48.
Ada orang tanya apasal tak upah??????????
Ish bior betoi...... kalau dapat anjakan gaji, sapa nak jawab?????????
Naik pangkat kalu lagi haaruuu.....
Dapat lll n lll pun tak kisah le, titik peluh kita.
Public Speaking belum siap, slide show lagi!
Sok amik CRK, kasi siap semua kerja!

Kalut Balik

Tak patut update blog ni pasai nak nyawa pun tak berapa dan! tu dia punya la sibuk..... Tapi nak lepas tenson juga ni...............!

Lepas raya hari raya tu dapat surat nak kena pi kursus TK 3 untuk DG 48. Awatla masa ni kena pi, dengan budak2 sibuk nak exam..... Dilema sungguh. tepon bahagian sumber manusia depa tak bagi tolak. Kalau tolak juga kena penalty tak boleh kursus ni 1 tahun........ ganas tu!

Punya la tak mau pi..... sampai hari date line tu baru teringat nak fax jawapan. Mula isi surat tu pun dah silap pi jawab tak mau pi. Isi lain....

Dalam dok kalut tu, dapat arahan kena pi memantau gc yang mohon 2009. Kena pantau 2 orang tapi sekolah nya punya la jauh. Siap pi survey dulu sekolah tu..... sebab hari nak pi tu kena pi sorang dan kuar awal2 pagi.... kalut lagi! Pengalaman.......

Kesian budak2 SPM tahun ni, dah la kita kalut, depa pun masih tak mau ulangkaji lg......
Orang Sumber manusia tu siap kata, kita kena fikir diri kita sama bila aku kata kesian budak2 tu nak exam. Depa ni jenis kena studi dengan kita, tak reti nak baca buku sendiri................ Serah kat ALLAH je le...


Tugasan kena buat 2 siap dengan slide lagi dan 1 esei. Pas tu ada public speaking pulak..... adush. tak siap apa pun lagi ni, dok kalut dgn kerja len!

TK ni format baru pulak tu, takda member yang dah pi so pi tanya merata, baru jumpa sorang. takdan lagi nak pi amik bahan....

Tadi pi majlis gc kat sg petani.... harung je pi dengan kawan. Nasib baik senang cari sekolah tu tapi bulan ni asyek dok mandu jauh2 jer. Kereta tu pun heran kot. Nasib baik le sejak beberapa bulan ni dah branikan diri bawa ACCENT. Dulu fobia kereta sedan pasai panjang si...kiit. Brani kancil je.... Kalau kancil tu kerap2 dok pi jauh, mau tercabut kaki....

So la.... nak all out prepare tugasan..... nanti kita kasi laporan len.................

Nuzul


Nuzul
Originally uploaded by azam667
Cantiknya. Tak sanggup nak biar. Ambik lagi satu ye Azam.
Kat Tasik Raban ke?

Transfer Factor-4Life

Baru2 ni dapat kabar my sis yang cancer tu dok ambik produk 4life. Menarik juga bila dpt maklumatnya kat internet. So I dgn Zu dok sibuk cari maklumat ni, nak kena ambik juga. Produk ni very good to boost our immune system. Memanglah kita punya sistem imun dah kelam kabut dengan keadaan sekarang ni. Pasal tu banyak penyakit.

Baca testimoni memang menarik. Walaupun bukan ubat dah banyak penyakit kronik cured.
Badan kita sendiri akan lawan penyakit tu bila kita kuat.

Akan lapor perkembangannya..................

Juadah Puasa

Dah jadi rutin baca blog Prif Kamil & Blog Roza (isteri Prof). Heran dgn depa yang sibuk giler ni ada masa update entri saban hari. Prof tu dengan amalan malam sampai tak balik rumah....
Prof cerita pasal juadah buka puasa. Beberapa hari lepas tonton Halaqah pasal puasa... "Puasa tahap tinggi tak patut terfikir langsung pasal nak makan apa masa berbuka."
Susah tu..... fikir juga apa yang anak-anak nak makan. Takut pulak depa tak lalu makan. Sahur lagi leceh, pakat2 tak berapa lalu nak makan....


Cuma tahun ni makin pandai pilih, ada kuih sikit untuk abah dan kena ada lauk untuk anak2 yang suka makan nasi masa berbuka. Kuih takyah masak pasal tak habis. Beli sikit2 tetapi beberapa jenis yang berbeza. Cukup untuk tinggal sikit makan sahur. Sesekali je kot nak buat jenis-jenis mi untuk anak2.

Untuk diri sendiri dah sedar diri, tak boleh makan banyak masa berbuka. kalau boleh makan buah dan salad. Dah jumpa macam2 resepi salad. Rasa ringan sikit badan. Kalau makan nasi, mesti berat perut dan berat mata..... tadi buat pecal je untuk diri sendiri, depa lain tak minat. Tapi.... kacangnya.... sikit2 ok la kan! Takut dah.... badan makin naik............. Puasa pun tak turun!

Sahur kena makan nasi juga kot tak tahan perut sampai petang. Air kena banyak tapi tak larat la pulak nak ulang pi toilet! Lauknya panaskan lauk berbuka atau sesekali buat nasi goreng ke, roti pita ke prata ke..... Kurma tak boleh miss masa sahur nak bagi lebih daya tahan puasa.

Blog Kak Fini

Semalam Kak Fini bagitau dia buka blog. Exited la kita nak tengok blog dia pasal takat ni takda member yang bagitau pasal blog depa. Kenalan alam maya tu len, pasal banyak cerita yang tak link personally.

Kan main la I janji dgn kak Fi nak update entri pasal sekolah..... Ada masa ke?

Sabo je le Kak Fi ye..... kalau ada masa I akan tulis special 4 u.
You know me... he..he...

Selamat Hari Raya. MAAF ZAHIR & BATIN



Berdoalah sepuas hati sempena Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Malaysia, kampung temelong, Lenggong, Perak

Ambik gambar ni dp Flikr Anuar Dan, Pernah sekelas dengan dia masa remove class dulu. Sekolah sama sampai F5 kat SMDA. Pastu masuk SMK Clifford sat, dia sambung ke UITM. Dah jadi artist hebat sekarang ni.Rasnya ni rumah kawan kami Kamarul Azman kat Kg Temelong Lenggong, Member baik dia.

Moga kawan2 kita terus berjaya!!!

TOT GC Siri 1

Anak2 dok tengok MU lawan Malaysia kat TV. Tadi aku tengok juga ta-pi bengang bila MU dapat 2. Aku kata malaysia dapat satu pun jadi le. Tapi..... dah seri dapat dua gitu!! So takyah tengok le. Dengar dari jauh je. Nyampah tengok penonton pakat2 pakai baju merah, tak patriotik langsung!!!!

Ada stori ni..... buat kenangan bila baca jurnal ni...... kemudian2 hari.....Minggu lepas aku baru balik dr Teluk dalam Resort Pangkor. TOT GC siri satu selama 5 hari. Kira kitorang ni macam testing2 gitu apa yang nak kena ubah ke apa ke, he...he... Nama pun kursus orientasi mengalahkan orientasi freshie kat u n maktab. Aku dak kena dua2 tu.... Dok maktab seminggu elok abih je minggu orientasi, dapat masuk u. Cari pasai je kena dera seminggu.... teruk pulak tu, almaklum le maktab semua perempuan.... Kat u pulak,,,,, tapi tahun ada ntah apasal tak teruk langsung kat u.......

Citer TOT GC ni memang menguji ketahanan fizikal n mental betul tambah orang baya aku ni.......... Tak dan rehat langsung kecuali masa tidur n masa dengar tazkirah. Kalau ada pengisian mental kat dewan pun pakat dok tongkat mata yang tak larat nak buka.

Lepas tazkirah subuh yang ramai orang ponteng tu....... ada senaman pagi. Pastu rush pi breakfast. Dalam 5 hari tu, ada acara kat laut water confident dan event samudera. Depa bagi tiub getah dgn buluh, buat rakit, pastu dayung sampai ke satu pulau n patah balik. Jauh pulak tu nak padan dengan rakit buatan sendiri ikat pakai tali rafia.... Kayuh rasa tak sampai-sampai. Setelah berhempas pulas dan mengelat sikit2 sampai le juga. Kumpulan kami tak le johan tapi tak juga corot. Ada geng kami yang tolak pakai kaki bila sampai tempat agak cecah kaki.
he....he.... jangan buat!!!!!

Lagi satu aktiviti yang menguji ketahanan fizikal, eksplorasi rimba. Nampak bukit yang dipanjat, tegaknya mak oi.... Tak berani nak pandang atas. Melangkah ikut tapak je.... Aku pernah buat ekprorasi kat Pantai Meredeka tapi rasanya kat pangkor lagi mencabar. Menurun bukit laagi le melenguhkan nak kena tahan kaki. Ada grup yang "kena rasuk" (grup uztaz - saja nak uji kot). Ada satu lg grup sesat...... Kami belakang depa je...tapi nasib baik kami tak ikut tapi lebih yakin dengan kompas yang dibawa. Depa ajar sikit2 orientering tapi ada denai, saja je.... Nasib baik fasi kami kira ok juga..... sampai sudah dia tak bagitau pasai apa dia tak boleh masuk L (hometown I tu!) Nyembang sepanjang jalan. Grup kami ni tak singgah makan pun.... sampai balik resort ada tugasan laagi..... penat. Petang tu kena masuk dewan pulak..... ada persediaan persembahan... ish...ish.... Tak larat macamana pun ada kekuatan nak buat pasai ada yang lebih veteran dp aku, yang lebih besau..... pun boleh buat! Cikgu Halim yang kami gelar bang long siap mampu puasa setiap hari kursus walau apa pun aktiviti yang kami buat. Fuh..... TABIK SPRING kat dia. Betul2 komited dengan bulan Rejab ni. kami ni, pantang ada makan, sampai je....

Kami pun ada rekod yang orang lain tak tau..... ada le geng kami dua tiga orang ni yang sampai masa pendaftaran paling awal (Siap pilih chalet dekat le konon...) dan tak pernah ponteng solat maghrib dan subuh kat surau . Sekali tu hari jamuaan rasmi, 3 orang je kami perempuan kat surau. Satu subuh tu, kami nampak Cam Com sorang2 tunggu kat surau. pastu baaru yang lain tiba.

Yang aku tak buat............... absailing. Memang aku dok jaga tulang belakang ni kot slip disc balik! Lagipun aku ni jenis gayat. Yang aku rasa rugi tak buat, flying fox, takdan sebab masanya suntuk sangat. Yang tu aku rasa tak jejas tulang....

Yang aku bersyukur sangat-sangat, dapat teman serumah yang sekepala dan rakan sekumpulan yang ok. Adik2 yang baik dan sangat bertimbangrasa serta sekepala. Terima kasih GC10 YUSNI, sarimah, zul, kuzaini, shakri, lui, gok, banglong dan kak mun. Teman serumah YUSNI (adik yang baik dan ramai peminat) kaknah(yang patuh dan selamba) dan anis yang comel dan pantas.

Cuti dolu-dolu.............


Masa budak2 ni kecik2 dulu, puas jalan tiap kali cuti. La kita lepak kat rumah aje le.....

Gian nak jalan...........

Ini gambor dulu-dulu. Asal cuti je pi jalan. Boring le sekarang tak dan nak pegi mana-mana. Takat sehari tu mana sempat.................. tengok gambar je le!

Macam takder kerja

Tadi pagi.................

masak nasi lemak dengan ayam masak sambal dengan telur rebus, goreng keropok belinjau.
Breakfast le tu, he...he..... tak menyihatkan langsung!!!!! Sebelum tu telan organik satu mug, betik sepotong and lai sebiji. OK tak?

Dengan penuh semangat ajak faris basuh kereta. Siap keluarkan vacuum cleaner! tiba2....... lup terpadam. Potong stim betoi... terlupa le pulak notis hari ni takder bekalan letrik sampai petang. Ok le kita basuh bahagian luar je. Air kan ada! Basuh kancil n Avanza tapi tak puas hati...... dalam berabuk!!!!

Kereta Accent anto pi tukar cermin depan. Lingkup dit bulan ni, mau makan RM500 dengan ketuk bahagian yang budak motor langgar hari tu..... Cermin tu kena batu, kereta depan langgar batu kecik terpelanting.... kena cermin kereta kita! Malaun betul! Nasib tak berderai cermin tu, retak sikit tapi 2, 3 hari ni ada nampak tambahan, takut gak tengah dok sedap bawak, berderai depan mata...... Tak leh nak bayang!

Cadang nk cat kancil n accent tu, dah calar merata..... tak pandai jaga kereta! Kita tak belah, orang mai belah! (bahasa Kedah!) Dengan budak motor ni dah 2 kali. takder le pula ngaamuk kat depa mintak ganti rugi, malas nak create drama tengah2 jalan tu..... Moga di pelihara ALLAH le kedepan-depan ni..............

Kaler apa ye??? Pakai kaler asal lah, gold dua-dua. Tak glamer langsung!!!!! Segan pulak nak melaram kaler terang. Kancil tu terang pun ok, kasi anak2 pakai jer. Sekarang tak larat nak drive manual. Accent tu sedap sangat. Anak2 sibuk, "mana tak sedap itu kereta rally"! Ntah, mana kita tau, rupa dia tak sporty pun................ Jalan pi sekolah tu memang macam rally je........ kalau naik Avanza, melambung2 seat dia, orang mengandung boleh terberanak! Tak le teruk sampai camtu eh...
Sedar le diri tu dah "lama", tak larat nak lasak eh....?

Sambung citer tadi, bengang letrik takder. Meengada lah, panas etc....... siap2 pi Bukit Kayu Hitam. Boring le pulak.... bebas cukai dia takder offer pun cuti ni. Beli gelas 2 kotak, hadiah orang kawin n ngabih dit beli coklat!!!!!

Singgah kat Jo Cendol Pulut, makan. Biasa je makanan dia, eman ngadu pedaas nasi paprik dia. yang penting kenyang! Pastu tu singgah beli licikang jalanan bungkus. Sedap wo.... Setentang bomba Jitra tu. Secukup rasa n memang famous le kat sini. Van tepi jalan je. Tapi laku sangat.

Balik tu letrik dah ada, ok le tapi sakit kepala le pulak.... Esok projek kemas dalam rumah pulak. Tengah hari takyah masak ada kawan knuri sunat anak......... Abah pun ada kelas esok. Knuri berderet minggu ni............. Kelas pun berderet mana dan nak pergi!

Jangan lupa marking kertas exam beluk habis!

Kem Solat

Khamis nak cuti sampai Jumaat mula cuti, murid2 tingkatan 1 ada kem solat kat sekolah. (Kira tak cuti lagi, hi.....hi....)

Eman pun pi sekali. Hari Kamis tu balik kul 12 lebih pasai nak pergi pulak petang kul 4. Nasib baik kena bahagian pendaftaran. cikgu2 muda yang baru tu kena teman budak2 tido kat sekolah.

Eman n budak2 lelaki lain tido dalam kelas. Pelajar perempuan tido kat surau yang agam tu. Budak2 Tingkatan 5 jadi fasi. Kita balik lepas selesai budak2 tu makan malam. Cikgu2 makan gulai itik. Pin tokeh kantin tu rajin cari benda2 eksotik untuk hidangan cikgu. tahun lepas masa kem depa panggang kambing........... Kadang2 dia pi ke laut cari ikan.

Eman kata malam tu tak dapat tido, ada yang main baling2 seluar. Ish.... nama pun Tingkatan 1. Balik tu eman tido sehari tak sedar2 orang gerak solat Jumaat. Balik kem solat tapi solat zohor hari tu!

Kalau budak2 tu praktik apa yang depa dapat ok le. Budak2 kampung ni ramai terbiar bab solat ni. Kat sekolah tu nak kepung depa solat zohor pun susaah. Lari merata..... kalau ditanya, bukan taau malu mengaku tak solat, macam perkara tu biasa je bagi depa! Kalau anak kita boleh kita jerit ke rotan ke............. Itupun cikgu2 kepung jugaa, ingat macam anak sendiri. ramai yang solat zohor je, pasal terpaaksa kaat sekolah. Kalau bulan puasa depa tambah isyak satu lagi pasal sekali solat terawih. Maghrib pun tidaak.............. Masa tu sibuk buka puasa!!!!

Cuti

Cuti?
YE!
Kenapa???

Namanya memang cuti. Tapi.... tadi dan esok ada kelas.
Kertas exam esei yang panjang2 tu dah habis semak?
Habis yang objektif je, yang 5 bundle tu belum lagi......
Projek peta minda tu dah siap ke belum?

Baru nak mula.....................
Kalau macam tu jangan dok guna istilah cuti tu. Tambah sikit, tak payah pegi sekolah tapi buat kerja macam biasa. Jangan dok pergi mana-mana.
Habis knuri wayah pun tak pegi?
Hari tu abaah ada klas, knuri depa jauh pulak tu! nak buat macamana ye? Nanti depa merajuk! Kirim je apa-apa!
Boleh ke?
Daripada tak buat apa-apa baik le kirim apa-apa!
Baik jadi pegawai beso, sebok pun berbalaoi. Jadi cikgu ni awak sebok pun orang heran....he....he..... Betoi ke cikgu tu. Cuti memanjang...............

Allah nampak tak apa awak buat???
Takpa le Allah nampak!

Kembar

Kembar Ijaz dan Isser masa kecik. Sekarang dah 4 tahun, tak mau di pegang2 lagi.

TTasikTaiping


TTasikTaiping
Originally uploaded by umuaiman07
Bila balik Perak selalu singgah sini.

Lubuk..


Lubuk..
Originally uploaded by azam667
Ambik satu lagi Azam! Cantik nih. Macam kat bendang kami dulu. Thanks!

Allah mengatur yang terbaik................

Assalamualaikum

Hai tak sibuk ke? Siap boleh masuk sini!
Esok kita cuti, rasa nak break sat dp buat kerja..... Kira ok le kan.

Kita memang sentiasa yakin setiap kejadian ada hikmahnya tapi kadang2 bila fikir balik aturan Allah itu cukup2 misteri dan cukup2 sempurna...... Memang amat ........ ntah nak kata apa......
Apa saja yang kadang2 kita rasa mengecewakan, kita tak sedar, ada yang lebih baik mendatang. Macam kata Raden dalam blog dia, kita minta bunga Allah bagi kaktus, kita minta........... Dia bagi ulat bulu....... Tetiba kaktus tu keluarkan bunga dan ulat bulu jadi rerama..... Mistik gitu.....


Macam le story pasal my sis. Dia memang ada kanser, dah 2 tahun rawatan. Patutnya Jun ni ada pemeriksaan follow up. Tetiba baru2 ni dia macam gastrik. Bila masuk kamera, buat scan etc.... nampak kanser dah merebak kat hati. Merata, bukan setempat. Kitorang pun kalut semacam je.......

Sebelum ni, kita ada cerita pasal buku Prof Kamil yang memang Allah nak temukan dengan kita. Buku yang tinggal sebuah dan tak berapa sempurna tu kita beli juga sebab tinggal sebuah je. Tak tau pun isinya apa, menarik ke... main ambik je. Itu pun selepas masuk balik kedai tu, padahal dah keluar pergi kemana2 dah pun. Bila balik dan baca, wow what a good book!!!! Buku itulah yang link kita ke buku dia yang satu lagi, ke blog dia, blog Roza dan yang paling penting blog Ayu.

Allah atur ni beberapa minggu sebelum kes my sister. Blog Ayu ni cukup banyak link dengan pelbagai maklumat kanser. Terima kasih. Sebelum ni pun ada buka blog Raden tapi kali ni link terus dari blog Ayu. Contacts dan maklumat ni bagi kat my kakak. Siap fon Raden bagi my sis cakap dengan dia. Berkenalan dengan pelbagai jenis petua, ubat dan rawatan............. Tkasih Raden. Naik le juga semangat kakak kita ni.

Cerita pasal nak pi KL pun satu hal. Dapat berita tu dekat nak cuti hari pekerja dan sekolah baru buat hari anugerah. Adalah cuti 4 hari, boleh lah pi KL. Cari tiket bas dah habis sampai Senin. Frust le juga. Nak naik MAS ke Air ASia ke, tak lalu nak turun KLIA, menyusahkan orang nak ngambik, ngantor! Tiket pun dah mahal, nak perginya ramai! Hari Jumaat hari pekerja tu sempat pi shopping kat Tesco, dok agak tak boleh nak pi KL. Balik tu tergerak hati singgah Airport AStar. Tak disangka2 dah ada flight FireFly AS-KL. Baru sebulan lebih operasi. Turun pulak Subang, dekat je dengan Sg Wey dan Kg Tunku. Jadi le naik FF tu ziarah my sis. Mudah dan selamat wpun kecik jer kterbangnya. Cuaca pun elok sangat. Allah atur cukup elok samapi sempat lagi attend knuri my fren hari Jumaat tu. kalau pi KL awai, saheh tak dapat makan knuri!

My sis yang awal tu, ceritanya cukup2 "leppot" tak larat boleh jadi kuat bila kita ada ramai2 dgn dia. Dia pun ada ambik sejenis seaweed yang mahalnya mak oi...... Untuk 28 hari, 2kali makan sehari RM2ribu! Tapi nampak kesannya........ Dp tak lalu makan, tak boleh baring dan kerap sakit, semuanya makin pulih. Kalau ikut doktor yang jual ubat tu, tak payah kimo tapi my sis taknak tanggung risiko. Buat juga kimo 11/05 baru ni. Masa fon tu, dia kata ok je lepas kimo tu, ntah le.............. Doa semua moga dia ok. Dia juga makan apricot seed yang Raden cadang tu.....

Satgi nak fon dia lagi tanya kabar. Bila fikir balik, memang dahsyat sempurna aturan Allah ni. Bila baca macam2 artikel dan rawatan kanser ni, rasa ada banyak harapan. Kanser bukan "a sentenced to death" lagi. Allah lah yang memberi penyakit dan menyediakan penawarnya.....
Alhamdulillah.................

Banyak yang nak dicerita tapi....................

Dah bersawang blog ni. Singgah huit2 jer. Takdan nak cerita panjang.

Memang banyak peristiwa berlaku semenjak dua menjak ni tapi sekarang musim puncak kesibukan kerja. Rasanya macam tak cukup 24 jam, kalau nak maitain tido 5 jam le, he...he....

Minggu depan mula exam mid year, ada sikit senggang kot sementara nak tunggu paper untuk disemak. Kira cuti ni macam besaa le, tak cuti!!!!!!!!!!!! Tu pun dok dengar2 orang nak buat jadual kelas tambahan untuk cuti dah! Saper berangan nak jadi cikgu tu rentikan le kalau nak bersenang lenang. Yang tak tahannya tugasan yang terpaksa disambung di rumah tu........... Tak cukup 24 jam....... tapi eh.... ada juga orang yang tak banyak kerja kan....kan....kan..... Depa ni intan terpilih kot. Kalau kita kenen sikit, huih melenting. Apa2 je lah. Asalkan rezeki kita tu berkat hasil kerja keras. Berbaloi, rasa macam orang bekerja keras kat sawah ladang tu..... Berfalsampah le pulak.

Kita nak sambung taip soalan yer, ada satu set lagi. Minit mesorat pun nak kena edit. Headcount nak kena buat lain....., JSI paper exam belum buat, post mortem US 1 dan 2......., mark buku, peta minda, taip soalan latihan, fail panitia kena up date..............................................................
program budak galus.................... program GC........................etccccccccccccccccc

Kita chow dulu..... Nanti kita nak citer pasai kanser, pasai insan2 baik yang kita jumpa dalam usaha mencari maklumat pasai kanser. Kita doakan mereka sejahtera walaupun depa tak tau pun pasai cerita2 kita ni..............Amin

"Anak Perak"


"Anak Perak"
Originally uploaded by azam667
TKasih Azam. Lenggong tu nampak cantik sangat!
Awak memang pandai ambik gambar! Memang le Lenggong tu cantik...

Ermmm..... cak!


Ermmm..... cak!
Originally uploaded by umuaiman07
Masa anak2 kecik dulu.

Warisan.


Warisan.
Originally uploaded by azam667
Ini lagi bendang kat Lenggong. Cantik kan. Gambar dari blog AzamFlickr.

Pagi-pagi...4(Early in the morning...4)

Cantiknya. Saja2 anta , nak update blog takdan!

Bendang kat Teluk Batu


Bendang II
Originally uploaded by azam667
Tanpa sengaja terjumpa blog seorang jurugambar hebat dalam flikr. Kebetulan banyak gambar dia ambil kat Lenggong, tempat asal teman.Mohon numpang gambor tu ye. Kenangan kat kampung dan sawah cukup banyak. Menggamit nostalgia..............

Lenggong


Lenggong
Originally uploaded by C. Stephen
Ni ler kampung asal teman. Tengok papan tanda pun jadi ler. He...he...

Ispirasi

Dah lama dok cari buku-buku inspirasi dan motivasi yang simple tetapi berkesan. Yang banyak kat pasaran tu, kira2 ok je...... Amalan tu bukan takder tapi rasa macam kureng je. Bila terajin tu ok le tapi selalunya hanyut.................

Bab giler buku tu belum sembuh. Masa gi Melaka n KL ari tu giler beli buku2 cerita sejarah tokoh2 Islam. Beli buku panduan solat Zaharuddin. Baru ni beli buku solat dr sudut sains.

Bulan lepas pi jengok Alya kat UITM Penang. Langsung ke Jusco. Biasalah wajib masuk kedai buku. Singgah sat kat Popular. Tak beli apa pun. Lepas makan, alya ajak masuk Popular sekali lagi, dia pun gila buku juga. Belek punya belek, jumpa buku pasal Saidina Umar. memang beli punya, memang minta habis kat sahabat nabi yang sorang ni. Kemudian nampak satu buku. Tinggal sebuah je dan tak berapa ok sebab orang dok belek. Ringan je tangan mengambik dan membelinya........ Travelog Dakwah oleh Muhamad Kamil. Ok le. Balik tu baru le membelek dan membacanya. WOW...... sangat menarik dan memberi inspirasi dan motivasi. memang buku macam inilah yang dicari selama ini. Mulalah aku bising promo buku tu kat Fesal. Fesal yang rajin mengekor bila aku dok cari buku kata la pulak. "Tadi abang dah tunjuk buku tu kat mak. Mak buat derk jer. Lepas tu, mak ambik pulak." he...he.... aku le tu, selalu camtu.
Buku tu pun melekat beberapa halaman dan kena potong le pulak. Kalau dah jodoh...................... Allah tu maha Membaca hati kecil hambanya yang berhajatkan sesuatu. Itu aku sangat2 yakin sejak sekian lama dah!

Pastu mulah aku mencari blognya.......... lepas tu mencari bukunya yang sebuah lagi. Mudah je pulak aku menemui buku itu di Jitra. Jumpa pulak satu lg buku Umar AlKhattab dan Umar Abdul Aziz yang aku minat tu. Bagi Fesal baca dulu.

Aku juga terjumpa dan tertarik kpd blog Roza isteri Prof. La ni bila buka internet mesti jengok blog depa selain beberapa blog tetap. Aku yang kurang ilmu ni amat la berterima kasih atas tulisan prof Kamil ni. Walaupun tak mampu nak ikut macam dia tapi banyak yang aku belajar............. Niat dan usaha tu dah lama tetapi masih di takuk yang itu yang itu juga. Harap2 ada peningkatan.

Aku rasa amat serasi dengan kisah Prof sebab hati kecil ini pun sudah lama begitu tetapi tak mampu nak buat macam dia. Keyakinan tehadap rahmat ALLAH itu memang sangat2 sebab aku ini hambaNya yang selalu lalai dan leka tetapi tak henti2 mendapat rahmatNya. Rasa sangat malu dan rasa tak layak. Memang tak layak untuk syurgaNya tetapi takut amat pada api nerakaNya....................

Apapun mesti bermula walaupun dengan sedikit. Mesti buang tabiat buruk walaupun berdikit. Eh.... tak boleh berdikit takut tak sempat. Apa pun biar simple tetapi signifikan. (Quote n ubah skit!) . I really like that ayat. Very significant. Tepat dan padat. Apa pun biar ringkas tetapi berkesan. Istiqamah...............

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Thanks Prof Kamil!

Pia Alya!

Ni Alya masa kecik. 19 tahun lepas!



Ni Pia . Sekarang belum setahun!

Lazy No Cure

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan Salam untuk baginda Rasulullah, kaum keluarganya dan para sahabatnya.
Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Sembuhkanlah penyakit malasku ini. Telah lama aku biarkan blogku ini bersawang...........
Ya...... ampun..........

Gambo tu? Gimik je. Terkenang zaman kecik2 dulu....... ayah akan pasang lampo gasolin ni kalau kakak2 balik kampung. Cerah le rumah pada malam2 berkenaan. Hari biasa kalu, pelita minyak tanah je............. Itupun rajin studi sampai tengah malam. Sampai rabun le........ Dah Tingkatan 6 baru sedo yang dunia ni cerah. Dok ingat semua orang nampak dunia kelabu macam kita he...he.. Memang betoi, pakai je specs....... eh terang rupanya dunia ni!

Dah 3 bulan lebih tak update memang banyak berita terkini yang perlu dilaporkan. Jurnal ni bebebnonya utk diri sendiri bila suatu hari nanti nak cek apa yang dah jadi. Kot ada orang terbaca blog ni, ampun le ye...... kisah dan bahasanya memang kurang "up to the standard" untuk tatapan umum. Ya ampun.........

Result PMR Faris................... 5A je. Padan le dengan apa yang dia sediakan. Kira bersyukurle. Cuma bahasa arab buat spoil, boleh dapat E! ish...ish..... Biasa tu D je.

Eman ikut pi skolah mak. Bersyukurlah dengan petunjuk Allah selepas beberapa kali buat soalat istikharah. Takda la risau dia kat rumah. Sesekali ada miting ke kena balik lambat ke, dia suruh abah ambik. ok le tu, anak abah!

Akak? Ist sem kat UITM dapat le 3.6+++. Adalah anugerah dekan tu. Nasib baik le kita biar dia buat bidang yang dia minat.............. Tadi dia fon ngelabah ada test paper yang dia ngeri , food science. Kita pun pulun baca yasin. Siap kerah faris sekali baca yasin zohor tadi...... Dah tunda pulak khamis ni, sempat le studi bahagian yang dia tak sempat tu kot.... buat suspens jer.... 13 ni mula study leaves....... takyah balik le....... kat rumah bukan nya studi pun...........

Abang? La pi PLKN dah 2 minggu. Spm dia? 1 A je, Maths. Paper teras semua kredit tapi paper pure science lulus je. memang padan dengan cara dia studi. Tusyen pun tidak.... Harap2 dapat para-medik. Bagi kerja kat spital sorang!!! Apply macam2 tapi doa2 dapat le yang tu......... yang lain2 tu susah sket rasanya sebab semua nak kredit science.....

Kelmarin, awal2 pagi b4 pi skolah, Faris buat muka moyok, tension dengan kelas dia, cikgu bio tak masuk le..... Yang kita pun sehari dok risau kat skolah, apalah masalah budak ni. Balik malam tu, nak kaunseling le..... Eh... boleh dah ok je???? Nak kena cari tusyen bio yang power. Takat ni takda lagi. Fizik dapat cikgu Yong tu ok le. Add Maths dengan Lan Ong boleh le..... Bio n Chem ni nak cari mana?

Skolah???? tahun ni oke sket, tak ajar BM dah. Adalah lebih banyak masa nak plan sejarah. Harap2 tahun ni result ok. Patutnya lebih ok. Last year spm result jatuh tapi dah jangka budak2 yang memang tak studi tu akan gagal. Tapi puas hati program untuk pelajar lemah tetapi rajin berkesan. Amin yang agak2 nak gagal tu, boleh dapat D7, kira memang ok le. Yang biasa dok lulus je, pakat2 dapat C4. Tapi........ yang monteng tu........ memang tak dayo den nak nolong..!

Yang leganya dah letak jawatan guru kanan kemanusiaan. Bahagia.......... Ada cikgu baru dari sek. lain ganti he..he.. Boleh le buat bahan2 untuk my own subjek untuk bantu budak2 sederhana n lemah. Prinsipnya...... P&P yang simple tetapi significant..... teringat kat Prof Kamil pulak. Pinjam quotation tu ye.... menarik dan tepat rasaanya.

Ada cerita pasal buku n blog prof & roza ni. Kena buat entri baru......... Da.....dulu ye.......

Membaca dan menulis itu terapi. Masuk je sekolah menengah mula tulis diary. Mula tulis jurnal online sejak 2002 tapi untuk tatapan sendiri jer. Sesiapa terjengah, no hal lah.

BigFamili

BigFamili

BigFamily2

BigFamily2

Famili

Famili

Abah

Abah

akak

akak

Gen2

Gen2

Gen3

Gen3

Gens

Gens