Budak2 sekarang

Dua hari lepas kakak kita tepon. Nak melepas tension jer gayanya. Ye le........... Dia baru pindah tempat kerja dekat PWTC, dulu kat Angkasapuri. Rumah pun baru pindah juga, masuk rumah baru kat sungai way. Dok kalut baiki rumah lama kat kg lindungan sunway. Mak oiii..... macam2 penyesuaian kena buat......

Tempat kerja makin jauh, naik komuter. Balik terus pi rumah lama, kebetulan sibungsu belum dapat tukau sekolah. Malam pukul 1 ke 2 ke baru sampai rumah. Pagi pulak bangun awal nak masak pasai dekat2 situ tak der orang jual lauk. Penatnya.................... Ada anak dara sorang baru grad n dok cari kerja. Tu yang dia bengang, tak berapa reti nak nolong. Takat boleh urus kain baju jer... masak tak boleh harap. Lauk pun tak tolong hangatkan...... Sabo je le!

Yang nak ni pun, cari kerja kira dok tayang degree. Huloq le diploma tu dulu, cari pengalaman... tu yang dia dok bengang. Ingat senang ke nak dapat kerja la ni. Dia dah tak larat nak nasihat dah....... Kita yang jauh ni lagi le payah. Kot tetiba telepon, kot terkejut. Mesti tau mak dia dok ngadu. Abih camno.............

Harap2 dia dapat bersabor banyak2......... Budak2 la ni memang macam tu. Ikut rasa dan kata depa jer.... So kita pun ambik kesempatan jolok anak2 kat rumah ni. Konon bercerita masalah tu. Yang benornya nak kabo, depa jangan buat perangai macam tu! Kakak yang ada kat umah ni dok tunggu result SPM tu, lebih kurang je. Tapi kot dipesan2 mau juga masak untuk adik2, cuma kekadang tak kena selera je. Baru trainee kat dapur. Jadi le..... Takat kain baju tu lepas le. Ada le juga inisiatif dia pi belajor kat kolej komuniti. Ambik kelas BI n masak. Sambil2 belajau bawak kereta. Harap2 tak le teruk........ sangat.

Maintain............

Fuyooo....... macam tak cayer jer. Tadi kita jumpa sorang lagi kawan sekampus dulu. Kita ni cam besa ler.......blurr jer, tak kenai kawan. Pi mesyuarat daerah dan dia mai la dok sebelah kita. Selepas sessi sembang2 tu, dia kata macam kenai jer! Dia kata kita dok cam tu jer, tak berubah...... Bior betoi! Selepas beberapa kejadian seperti ini memang ler sah kita maintain...... muka jer. Badan jangan kata apa-apa weh.... Balik raya ari tu, adik2 pupu kita dok kata " eh komer macam tu juga, kami yang nampak lebih ....... ."

Fikir punya fikir, rasanya masa tu kita biasa le kan, tak kisah sangat nak melawa2 ni. Almaklum le sibuk studi. La ni, tak le melawa tapi ada le masa sikit nak "touch up" tapi tak make up pun.

Badan jer tak ter touch up lagi..... Budak2 ni pula mengada sket. Kalau mak kurus tak keibuan le pulak. Nak juga ibu tu...... Kot le teringin nak macam kakak ke..... heheh!

Jalan-jalan


Ish.................... kalau ada masa syoknya jalan-jalan. Tapi sepanjang tahun nak cari sehari dua pun susah. Tahun ni my 3 boys semua exam besau; UPSR, PMR, SPM. Lagi la tak sempat, balik kampung pun puas atoq.

Kita jalan-jalan dalam rumah je le......

Sekolah kita dulu


Dulu masa form 6 kita sekolah kat sini. Kiranya antara sekolah terawal di Malaysia. La dok cari member2 yang sama asrama kat SMCKK 79/80. Lama tu.............. Kita ada geng kat asrama tu NK10.
Hai geng...... kot terbaca contact le teman. Ingat dulu kita janji nak buat reunion........ Ada le jumpa Get baru ni tapi memang langsung tak kenai dia, dah lain betoi. Nasib baik dia masih cam hidung terpacak dan suara nyaring ni...................Ha....ha......

Kembaq

Eh...... tak cam le kembaq 2 orang ni yang mana Ijezz yang mana Isser.............


Tambah site

Salam

Malam ni kita tambah 3 site baru lagi.
Mabuk blog kot. Kot tak terupdate jer nanti.
Kita ada banyak resepi malas. Petua merapu pun
macam2! Mesti cuba..............

Apa habaq?


Assalamualaikum. Apa habaq? Kat mana la ni?
Mai la sini................

Berangan...........











Fulamak..... tension2 ni dapat pi lepak2 kat sinun atau berendam kat sinin, best juga yer! Berangan je le............

Ish..... redup dan nyamannya..........

Macam takde kerje

Adus........... tak larat dah nak ngadap segala macam data dan laporan. Rasa nak termuntah dah. Sejak buka sekolah ni boleh bilang dengan sebelah tangan berapa hari balik time biasa. kalau tak pukul 4.30 mesti pukul 5 ke 6 ke..... Sapa kata senang jadi cikgu, dok tunggu tarikh 25 jer........... Mai try sebulan. Orang cuti sabtu, awak pulak boleh dipanggil betugas 2X sebulan. Sabtu ni pun ada miting panitia daerah. PPD baru ni cukup suka himpun cikgu ramai2. Ni nak himpun semua ketua panitia bagi semua mata pelajaran....................

Bukan takde kerje ni tapi nak release tension jab. Buku sebundle tak mark. yang tak kutip tu lain citer. Tunggu lapang2 sat ye............... Tadi dah ada Jaya Waris. Bagus mak bapak la ni, lebih separuh juga yang mai. Kita yang kelas hujung2 ni biasa la, tak sampai 10 orang pun yang mai.

Nak pi sambung kerja le pulak. Badan pun sakit2 ni, kemarin ada latihan sukan, lepak2 dengan budak2 tu kat padang, ha...ha.... dengan baju kurung lagi pasai takdan nak balik. Tetiba pulak bos buat miting lepas habis sekolah. Latihan pulak jam 4 dah mula. Habis2..... tak larat nak lari dah, main ayam dengan musang le, rimau dengan kambing le, bagi budak2 tu jerit2 release tension. Depa pun tak larat................. nasib baik cikgu sporting!

Senarai kerja yang belum selesai 2

Kita sambung lagi
baru pagi tadi kat TV
depa kata macam2 masalah
longgok kat sekolah:
samseng cikgu urus
keselamatan jalan raya
(depan sekolah)
cikgu jaga
kebajikan cikgu uruskan
dapatkan bantuan
(tengok2kan pakaian
dan kelengkapan)
zakat cikgu agihkan.

Tak pandai mengaji???
(menengah)
cikgu kena selesaikan
tak pandai solat???
(menengah)
cikgu le kena ajarkan
kepung anak2 yang nak lari balik
tak mahu solat jemaah zohor,
Di rumah, balik boleh terus tidur!
Tadi pagi pun tak sempat solat subuh
sebab bangun pukul tujuh
takda sapa nak kejut.

Pagi tak sarapan
pitam masa perhimpunan
cikgu belanja makan
nak tunggu rehat mana tahan
silap-silap terus pengsan!

Ini bukan cerita sekolah elit
sekolah asrama atau sekolah besar.
Ini cerita sekolah biasa-biasa
guru biasa-biasa
murid biasa-biasa
yang cikgu ajar habis tenaga
tapi keputusan periksa
tak pernah luar biasa
terpaksa buat laporan berjela
kenapa result macam tu juga.

Memanglah berbahagi tugas
tapi kalau guru 30 saja
tiap sorang 8 jawatan khas
tak campur lain-lain tugas
sempat ke nak bernafas????
kena kutuk kalau sesekali lemas!

Senarai kerja yang belum selesai.................1

Cikgu ke itu.........

Macam kerani je........
jurulatih ke dia?
atau tukang buat garisan kat padang?
kadang-kadang jadi tukang
memaku kaki meja murid yang tercabut,
sesekali berlagak jadi interior decorator
menghias pentas dan bilik mesyuarat,
tukang jahit pun boleh menjahit langsir
menjahit skirting atau seluar budak (yang terkoyak?)

Jangan lupa bagi makan arnab dan kura-kura,
cuci akuarium yang dah berkeladak......
Jadi jaga memantau budak melintas jalan.

Jadi misi anak-anak yang ibunya tak perasan anak demam
atau sakit perut sebab tak sempat sarapan
Sesekali kena jadi bomoh menjampi murid kerasukan,
(kenalah hafal ayat-ayat berkenaan).
Biasa le kalau jadi drebar antar murid ke hospital
singgah isi minyak yang hampir habis kat tengah jalan!

Paling susah jadi along kutip bayaran tambahan
kena jadi wakil pengarah
menerangkan apa itu yuran yang dimansuhkan!
Bukan senang nak begitau apa yang menteri
maksudkan..................

Eh ...........
banyak le lagi
yang tak larat dah nak senarai kat sini
fikir2 le sendiri...........
Kalau larat nanti2lah
kita sambung lagi.

Sekolah la.... balik!

Kembalilah musim-musim paling sibuk awal persekolahan. Tiap-tiap hari le balik petang dengan segala macam miting dan latihan. Segala macam perancangan dan dokumentasi sampai laptop pun naik boring tengok muka kita.

Tahun ni lagi dahsyat. Seawal minggu kedua (minggu pertama hari Rabu & Khamis jer!)
dah ada latihan sukan. Pi warming up konon dengan tarian pocho2 di bawah terik mentari 4 petang. Adus............. Cikgu belum balik miting budak dah sampai! 2 hari lepas berhimpun buat headcount sampai dekat pukul 5. Pakat-pakat bengap excell tu pasal kena buat ramai2. Aku le tu....! Cikgu dah tak larat, budak2 buat latihan sukan sendiri2 le..... tapi kena tunggu juga. Jadi apa2 anak orang, nak mampus kita kena jawab!!!!????

Yang mengadap blog ni pasal dah boring buat kerja. Release tension le sikit!!! Siap update blog baru lagi..... Ntah apa fe'el kita suka benor try blog baru tapi tak dan lak nak update. Ini pun ntah bila dapat masuk balik...........

Sebenornya banyak benda kita nak tulis tapi sedia-sedia tak sempat. Cuti ari tu pulun baca buku. Itu giler asal kita, tak boleh tinggal punya..... Buku Faisal Tehrani je 4 kita beli. Hikayat pun dua ke tiga ke....... Jangan gelak, kita baca Hikayat Abdullah & Hikayat Abu Hanafiyah. Buat modal bercerita dengan budak2 kat kelas.

Lama tak masuk kelas, syok pulak "berkelahi" dengan budak2 tu. Pi sekolah ni meriah sebenornya, dengan kengkawan, dengan budak2.......... Yang tak tahan bab kerja2 lain yang ntah apa2. Tanya le cikgu mana pun, takda hal kerja mengajar ni tapi kerja2 perkeranian yang mengalahkan kerani tu yang makan masa dan tak larat nak buat. Cikgu dulu2 tu komited dengan kerja mengajar pasai takda banyak kerja mengarut depa kena buat. Rancang itu ini. Pastu kena lapor tu ini pulak. Bukan sekejab2 nak buat paper work ni...... Pentadbiran tau dok "kejan" kita jer. Depa susun dokumentasi tinggi2 tunggu pemantau2 yang tak kunjung tiba tu mai.......

Bab kerja luar tak sebut lagi.............. Macam2 le program kena buat selain ngajar ni. Manalah dan nak ngabih sukatan pelajaran yang berlambak tu................... Buat le takat yang sempat. Tangan, kaki, mata telinga ada 2 je. Masa pun 24 jam je sehari..............

Esok2 le pulak. Jumpa lagi "tahun depan" hi...hi...

Hormat yang hilang

Hormat yang hilang,
mampukah kembali,
mengisi ruang hati?

Tawarkah hati,
lunturkah dedikasi,
terjejaskah prestasi?

Moga kuatlah hati,
demi anak-anak yang menanti
minda diisi
jiwa disuburi.

Selamatkah anak-anak kita?


Lama dah tak jumpa kembar ni. Isser dan Ijjez ni dah pandai bercakap. kalau jumpa kat tengah jalan pun, ntah tak kenai kot. Risau pulak dengar citer budak-budak hilang la ni. Moga Allah selamatkan kanak-kanak Malaysia. Moga Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga...... Amin!