Blogging! Anyone?

Salam.......
Memang bersawang ler rumah ni!!!!
Hari tu kak Fi dok citer pasai blog dia.
Abang dia pon suruh buka blog dia.
Tadi kat FB Bokh letak link blog dia....
Yes! teruja la juga nak blogging balik.

Masa merasmikan blog yang ini
dok berangan akan menulis tiap hari walaupon 2,3 baris!

Blogging ni best masa join geng jernal dulu.
Bloggers tak ramai time tu, berforum sakan.
Tapi bila masuk geng muda2 yang topik forum pon ntah
apa2 tak seronok dah.
lama sangat dah tak buka geng jernal, ada ke lagi?

Baca ntri lama2 pon best juga.
So we continue......
Harap2 orang tak masuk, boleh kita merapu........

Angan2 Mat Jenin

Mak oiiiiiii..... dah bulan berapa ni????????????
Last entry ritu ogos!
Masa buka blog ni ari tu dok berangan setiap hari akan ada entry walaupon sikit.
Apa dah jadi cikmin oi?????

Lotssssssss had happened n passed............
The holidays has started but not for me!!!
Kena jaga spm la pulak taun ni, ceh!
Nak pindah rumah pon tak jadi la macam ni.
Tahun ni exam start lambat si habis pon lambat 20/11 - 23/12!!!!
Cubalah bayangkan cuti yang tinggai, tu pon sambung mesorat pertama on the 26th.
So tarak pa dah...............

Yang bengangnyer tak boleh nak ngadap anak yang amik spm taun nih pasai dok jaga anak orang. harap2 Allah berkati dengan memberikan Paeh kelapangan dan kemudahan semasa peperiksaan spm...... amin............

Berfikirlah sepantas mamak...........

Suatu hari di kedai mamak.

mamak: Mau makan apa?
A; Apa ada?
mamak: Semua ada!
A (Nak kena mamak nih}
Susu ayam satu!
mamak: Baru habis!!!!!!!!!!!!

A: (Ceh, Aku pulak yang kena!)

Cerita oleh PPD kami.
Pengajarannya kita kena kreatif dan pantas berfikir...........

Facebook

Memang dasyat kegilaan terhadap FB. Ada seorang kawan tu.... aku naik heran, tiap kali aku masuk FB, dia ada. Banyaklah komen dan post dia, maknanya dia dah lama dok online.

Aku pun dah menyaris... nak addicted tapi sebbek tersedar apabila ada sindiran2 dr org tertentu.... thank you very much.

Matlamat nak connect dengan kawan2 dah tercapai, so rasanya masuk sesekali sekadar nak tanya kabar tu dah ok. tak payah dok ngadap tak tentu masa.....kalo fikir2 balik ada masa tu, takder benda pon yang berfaedahnya. Bila dah seselalu jadi mengarut le pulak.

Alhamdulillah I manage to get away from getting addicted to FB.

Rumah di Gua Badak


Buah apa?


Balik rumah

Assalamualaikum.......

Nak masuk rumah ni..... fuh selesanya, takder sapa! Nak merapu apa pon boleh. Kekadang kita perlu privacy. Macam besa la kita tak war2 rumah ni, nasiblah sesiap terjengah atau terbernasib baik dapat jemputan. hai kak Fini, how are u???

Dah berapa hari tak layan tenet ni, nak cuba pandu try jer. Ari tu buka jer FB tapi tak tulis apa2 pon. Ada banyak mission yang perlu perhatian ni....... lega dah siap bebarapa mission.

HC, markah, soklan latihan, mark buku, E filing LHDN....... begheh! Tinggal minit mesorat n buku latihan yang baru masuk........... Minggu ni tg 4 agak sibuk dengan urusan bola baling, so kita boleh ngadap ltop nih..... targetnya hujung minggu ni begheh semua!

Moga dipermudah Allah segala urusan. Rabbi yassir, wala tu 'assir. Amin!

Back........

Assalamualaikum.

Bersawang......... dah jadi rumah tinggai. Nak stori apa ntah... Akak yang prktikal kat LKWI tu pun dah nak balik.

Sekolah macam biasa la sibuk sepanjang tahun. Result SPM dah kluar. Most subjects meningkat. Sejarah pun naik 7% lebih. Tajuk tahun lepas senang, tahun ni nak kena pulun tajuk susah...... Dengan batch tahun ni yang... ramai "paku longgaq" tu, cikgu lah kena cari strategi.... Tahun lepas tak banyak exselen tapi yang malas tak ramai. Lemah pun depa rajin, girls kelas last pun semua dapat kredit. Tapi depa pulun sungguh, pi cari kita yang dok kat kelas len, nak tanya soalan, fuh! Farah, Azila, Ziana.... tak dapat A pun cikgu dah bagi hadiah! Tahun ni ada beberapa yang very good tapi yang "tak mau" tu ramai......... Adussss (Doa itu senjata orang mukmin! "Rajinkanlah depa tu amin.....)


La ni, panas sungguh. Baru ni padang sekolah terbakar. keliling bendang, bila depa bakar jerami, angin bawa kot... kena hari cuti. habis satu padang! Orang yang membakar tu pun........... Hujan dua tiga hari ni, baru nampak nak hijau. Sukan tunggu la dulu...... Tu la dok marah depa suruh buat sukan lewat. Berdaulat juga "orang tu"!

Headcount baru siap. nak buat post mortem la pulak. la semua di hujung jari, main klik saja. hantaq pun pakai emel jer. Borang pun download jer....
Headcount tahun ni canggih. Siap semua, klik je keluar apa yang kita nak.
SU dahsyat!!!

Takat ni tak banyak event.... kot ada yang kawkaw nanti kita upload lagi. Simpan wat kenangan untuk dibaca semasa pencen. Sesaper tumpang terbaca no hal..... Daaaa.
!!

Semakin Kurang Ajar......

Siapa yang semakin kurang ajar???? Ibu pelajar tampar guru????

Baru siang tadi bincang dengan kawan, kalau kita nak bela anak pun jangan tunjuk depan anak kerana anak akan menjadi semakin biadab. Siasat dulu, kalau betul pun guru salah bukan itu caranya kita bertindak.

Guru2 selalu berdepan dengan masalah sebegini kerana anak2 hari ini cukup pandai bermuka-muka depan ibu bapa. Setelah nasi menjadi bubur baru waris sedar anaknya memang perlu diperbetul tetapi cikgu2 pun dah tawar hati nak peduli anak tersebut. Siapa yang rugi?

Dalam beribu mungkin ada seorang dua sahaja guru yang bertindak melulu tanpa sebab.
Itupun mungkin yang "berpenyakit"...... So mak ayah jangan mudah melenting sekirannya anak kita mengadu yang ntah apa-apa. Lagi satu jangan cepat ke media. haru biru jadinya. Apatah lagi kalau anak kita terbukti bersalah.... Cikgu sekolah lain pun takut nak terima anak kita dah.... Susah tu... takkan nak buka sekolah sendiri kot....

Majoriti guru kalau dah namanya cikgu, ikhlas mendidik malah mengasuh anak kita....
Cikgu2 pun ada anak....

Facebook

Ari tu sesaja join FB. Lama juga tak buka. Buka jer jumpa kengkawan lama masa Form 6. Pakat2 aktif FB depa ni. Nora, noni, Aznin, yasin etc... Siap merancang reunion lg tapi ramai lagi yang kuridui tak muncul kat fb... Actually depa ni dah lama dok aktif reunion. Kita jer yang tak join.

Ingat2 nak diam seminggu dua, ada lagi yang muncul kot.....

Cuti hari tu.....

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tak ngarut kat sini. Line streamyx ni wat hal pulak. Dan buka sat2 je kat sekolah. Biasalah sentiasa sibuk. Awal tahun cara awal tahun. Hujung tahun hingga ke saat akhir budak exam. Anak2 pun pandai komplen, bila masanya tak sibuk.....

Ari tu sempat post gambar raya je ke sini. takdan nak tulis. Hari ni curi masa sket la nak update.

Cuti tahun ni kira puas hati juga wpun tak berapa sihat. Banyak tempat dapat pergi dan ziarah semua yang patut2. Masa offline tu sempat tulis n save untuk update:


Cuti tahun ni baru rasa cuti. Ada ruang untuk melakukakan sesuatu di luar tugas rasmi sekolah.
Minggu Pertama deman beberapa hari
Raya Haji balik Lenggong
- Ok dapat ziarah dan urus beberapa perkara. Jumpa pulak kawan2 dr sekolah lama, naemah kak syon etc....

Sempat rehat sat dan cuci baju ke Langkawi antar akak.
- Ok lah juga beli sikit-sikit je

Balik berubat resdung. Rehat dua hari ke KL ziarah my sisss.
- K Aziah masuk hospital.
- Sendiri demam n batuk sampai semput.

Abah mula kelas.
- Pi shopping barang abang nak ke UiTM
- Beli baju2 besday abah
Pi SP dengan abah b4 dia pi sabah ziarah Syimah nak kawin anak.

Abah pi Sabah.
- Kami pi knuri Syimah di SP. Jumpa anak2 pakcu
- Pi knuri Ila sunat anak
- Baru boleh mula kemas rumah.
- Abang bersiap nak pi UiTM

Abah balik dari Sabah
Pi Knuri Walid akikah anak.
Jemput famili Ciksu Breakfast kat rumah.
Pi knuri Kak Zah dengan the boys.

Hantar abang ke UiTM
Balik abah pulak deman n sakit kepala

Kembali ke sekolah.
- Mesorat 28/12
- Pendaftaran Tg 1
- Kemas meja
- Orientasi Tg 1
- Baru nak prepare untuk sekolah………. (Puas cuti)