Nuzul


Nuzul
Originally uploaded by azam667
Cantiknya. Tak sanggup nak biar. Ambik lagi satu ye Azam.
Kat Tasik Raban ke?

Transfer Factor-4Life

Baru2 ni dapat kabar my sis yang cancer tu dok ambik produk 4life. Menarik juga bila dpt maklumatnya kat internet. So I dgn Zu dok sibuk cari maklumat ni, nak kena ambik juga. Produk ni very good to boost our immune system. Memanglah kita punya sistem imun dah kelam kabut dengan keadaan sekarang ni. Pasal tu banyak penyakit.

Baca testimoni memang menarik. Walaupun bukan ubat dah banyak penyakit kronik cured.
Badan kita sendiri akan lawan penyakit tu bila kita kuat.

Akan lapor perkembangannya..................

Juadah Puasa

Dah jadi rutin baca blog Prif Kamil & Blog Roza (isteri Prof). Heran dgn depa yang sibuk giler ni ada masa update entri saban hari. Prof tu dengan amalan malam sampai tak balik rumah....
Prof cerita pasal juadah buka puasa. Beberapa hari lepas tonton Halaqah pasal puasa... "Puasa tahap tinggi tak patut terfikir langsung pasal nak makan apa masa berbuka."
Susah tu..... fikir juga apa yang anak-anak nak makan. Takut pulak depa tak lalu makan. Sahur lagi leceh, pakat2 tak berapa lalu nak makan....


Cuma tahun ni makin pandai pilih, ada kuih sikit untuk abah dan kena ada lauk untuk anak2 yang suka makan nasi masa berbuka. Kuih takyah masak pasal tak habis. Beli sikit2 tetapi beberapa jenis yang berbeza. Cukup untuk tinggal sikit makan sahur. Sesekali je kot nak buat jenis-jenis mi untuk anak2.

Untuk diri sendiri dah sedar diri, tak boleh makan banyak masa berbuka. kalau boleh makan buah dan salad. Dah jumpa macam2 resepi salad. Rasa ringan sikit badan. Kalau makan nasi, mesti berat perut dan berat mata..... tadi buat pecal je untuk diri sendiri, depa lain tak minat. Tapi.... kacangnya.... sikit2 ok la kan! Takut dah.... badan makin naik............. Puasa pun tak turun!

Sahur kena makan nasi juga kot tak tahan perut sampai petang. Air kena banyak tapi tak larat la pulak nak ulang pi toilet! Lauknya panaskan lauk berbuka atau sesekali buat nasi goreng ke, roti pita ke prata ke..... Kurma tak boleh miss masa sahur nak bagi lebih daya tahan puasa.

Blog Kak Fini

Semalam Kak Fini bagitau dia buka blog. Exited la kita nak tengok blog dia pasal takat ni takda member yang bagitau pasal blog depa. Kenalan alam maya tu len, pasal banyak cerita yang tak link personally.

Kan main la I janji dgn kak Fi nak update entri pasal sekolah..... Ada masa ke?

Sabo je le Kak Fi ye..... kalau ada masa I akan tulis special 4 u.
You know me... he..he...

Selamat Hari Raya. MAAF ZAHIR & BATIN



Berdoalah sepuas hati sempena Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini