Kem Solat

Khamis nak cuti sampai Jumaat mula cuti, murid2 tingkatan 1 ada kem solat kat sekolah. (Kira tak cuti lagi, hi.....hi....)

Eman pun pi sekali. Hari Kamis tu balik kul 12 lebih pasai nak pergi pulak petang kul 4. Nasib baik kena bahagian pendaftaran. cikgu2 muda yang baru tu kena teman budak2 tido kat sekolah.

Eman n budak2 lelaki lain tido dalam kelas. Pelajar perempuan tido kat surau yang agam tu. Budak2 Tingkatan 5 jadi fasi. Kita balik lepas selesai budak2 tu makan malam. Cikgu2 makan gulai itik. Pin tokeh kantin tu rajin cari benda2 eksotik untuk hidangan cikgu. tahun lepas masa kem depa panggang kambing........... Kadang2 dia pi ke laut cari ikan.

Eman kata malam tu tak dapat tido, ada yang main baling2 seluar. Ish.... nama pun Tingkatan 1. Balik tu eman tido sehari tak sedar2 orang gerak solat Jumaat. Balik kem solat tapi solat zohor hari tu!

Kalau budak2 tu praktik apa yang depa dapat ok le. Budak2 kampung ni ramai terbiar bab solat ni. Kat sekolah tu nak kepung depa solat zohor pun susaah. Lari merata..... kalau ditanya, bukan taau malu mengaku tak solat, macam perkara tu biasa je bagi depa! Kalau anak kita boleh kita jerit ke rotan ke............. Itupun cikgu2 kepung jugaa, ingat macam anak sendiri. ramai yang solat zohor je, pasal terpaaksa kaat sekolah. Kalau bulan puasa depa tambah isyak satu lagi pasal sekali solat terawih. Maghrib pun tidaak.............. Masa tu sibuk buka puasa!!!!

Cuti

Cuti?
YE!
Kenapa???

Namanya memang cuti. Tapi.... tadi dan esok ada kelas.
Kertas exam esei yang panjang2 tu dah habis semak?
Habis yang objektif je, yang 5 bundle tu belum lagi......
Projek peta minda tu dah siap ke belum?

Baru nak mula.....................
Kalau macam tu jangan dok guna istilah cuti tu. Tambah sikit, tak payah pegi sekolah tapi buat kerja macam biasa. Jangan dok pergi mana-mana.
Habis knuri wayah pun tak pegi?
Hari tu abaah ada klas, knuri depa jauh pulak tu! nak buat macamana ye? Nanti depa merajuk! Kirim je apa-apa!
Boleh ke?
Daripada tak buat apa-apa baik le kirim apa-apa!
Baik jadi pegawai beso, sebok pun berbalaoi. Jadi cikgu ni awak sebok pun orang heran....he....he..... Betoi ke cikgu tu. Cuti memanjang...............

Allah nampak tak apa awak buat???
Takpa le Allah nampak!

Kembar

Kembar Ijaz dan Isser masa kecik. Sekarang dah 4 tahun, tak mau di pegang2 lagi.

TTasikTaiping


TTasikTaiping
Originally uploaded by umuaiman07
Bila balik Perak selalu singgah sini.

Lubuk..


Lubuk..
Originally uploaded by azam667
Ambik satu lagi Azam! Cantik nih. Macam kat bendang kami dulu. Thanks!

Allah mengatur yang terbaik................

Assalamualaikum

Hai tak sibuk ke? Siap boleh masuk sini!
Esok kita cuti, rasa nak break sat dp buat kerja..... Kira ok le kan.

Kita memang sentiasa yakin setiap kejadian ada hikmahnya tapi kadang2 bila fikir balik aturan Allah itu cukup2 misteri dan cukup2 sempurna...... Memang amat ........ ntah nak kata apa......
Apa saja yang kadang2 kita rasa mengecewakan, kita tak sedar, ada yang lebih baik mendatang. Macam kata Raden dalam blog dia, kita minta bunga Allah bagi kaktus, kita minta........... Dia bagi ulat bulu....... Tetiba kaktus tu keluarkan bunga dan ulat bulu jadi rerama..... Mistik gitu.....


Macam le story pasal my sis. Dia memang ada kanser, dah 2 tahun rawatan. Patutnya Jun ni ada pemeriksaan follow up. Tetiba baru2 ni dia macam gastrik. Bila masuk kamera, buat scan etc.... nampak kanser dah merebak kat hati. Merata, bukan setempat. Kitorang pun kalut semacam je.......

Sebelum ni, kita ada cerita pasal buku Prof Kamil yang memang Allah nak temukan dengan kita. Buku yang tinggal sebuah dan tak berapa sempurna tu kita beli juga sebab tinggal sebuah je. Tak tau pun isinya apa, menarik ke... main ambik je. Itu pun selepas masuk balik kedai tu, padahal dah keluar pergi kemana2 dah pun. Bila balik dan baca, wow what a good book!!!! Buku itulah yang link kita ke buku dia yang satu lagi, ke blog dia, blog Roza dan yang paling penting blog Ayu.

Allah atur ni beberapa minggu sebelum kes my sister. Blog Ayu ni cukup banyak link dengan pelbagai maklumat kanser. Terima kasih. Sebelum ni pun ada buka blog Raden tapi kali ni link terus dari blog Ayu. Contacts dan maklumat ni bagi kat my kakak. Siap fon Raden bagi my sis cakap dengan dia. Berkenalan dengan pelbagai jenis petua, ubat dan rawatan............. Tkasih Raden. Naik le juga semangat kakak kita ni.

Cerita pasal nak pi KL pun satu hal. Dapat berita tu dekat nak cuti hari pekerja dan sekolah baru buat hari anugerah. Adalah cuti 4 hari, boleh lah pi KL. Cari tiket bas dah habis sampai Senin. Frust le juga. Nak naik MAS ke Air ASia ke, tak lalu nak turun KLIA, menyusahkan orang nak ngambik, ngantor! Tiket pun dah mahal, nak perginya ramai! Hari Jumaat hari pekerja tu sempat pi shopping kat Tesco, dok agak tak boleh nak pi KL. Balik tu tergerak hati singgah Airport AStar. Tak disangka2 dah ada flight FireFly AS-KL. Baru sebulan lebih operasi. Turun pulak Subang, dekat je dengan Sg Wey dan Kg Tunku. Jadi le naik FF tu ziarah my sis. Mudah dan selamat wpun kecik jer kterbangnya. Cuaca pun elok sangat. Allah atur cukup elok samapi sempat lagi attend knuri my fren hari Jumaat tu. kalau pi KL awai, saheh tak dapat makan knuri!

My sis yang awal tu, ceritanya cukup2 "leppot" tak larat boleh jadi kuat bila kita ada ramai2 dgn dia. Dia pun ada ambik sejenis seaweed yang mahalnya mak oi...... Untuk 28 hari, 2kali makan sehari RM2ribu! Tapi nampak kesannya........ Dp tak lalu makan, tak boleh baring dan kerap sakit, semuanya makin pulih. Kalau ikut doktor yang jual ubat tu, tak payah kimo tapi my sis taknak tanggung risiko. Buat juga kimo 11/05 baru ni. Masa fon tu, dia kata ok je lepas kimo tu, ntah le.............. Doa semua moga dia ok. Dia juga makan apricot seed yang Raden cadang tu.....

Satgi nak fon dia lagi tanya kabar. Bila fikir balik, memang dahsyat sempurna aturan Allah ni. Bila baca macam2 artikel dan rawatan kanser ni, rasa ada banyak harapan. Kanser bukan "a sentenced to death" lagi. Allah lah yang memberi penyakit dan menyediakan penawarnya.....
Alhamdulillah.................

Banyak yang nak dicerita tapi....................

Dah bersawang blog ni. Singgah huit2 jer. Takdan nak cerita panjang.

Memang banyak peristiwa berlaku semenjak dua menjak ni tapi sekarang musim puncak kesibukan kerja. Rasanya macam tak cukup 24 jam, kalau nak maitain tido 5 jam le, he...he....

Minggu depan mula exam mid year, ada sikit senggang kot sementara nak tunggu paper untuk disemak. Kira cuti ni macam besaa le, tak cuti!!!!!!!!!!!! Tu pun dok dengar2 orang nak buat jadual kelas tambahan untuk cuti dah! Saper berangan nak jadi cikgu tu rentikan le kalau nak bersenang lenang. Yang tak tahannya tugasan yang terpaksa disambung di rumah tu........... Tak cukup 24 jam....... tapi eh.... ada juga orang yang tak banyak kerja kan....kan....kan..... Depa ni intan terpilih kot. Kalau kita kenen sikit, huih melenting. Apa2 je lah. Asalkan rezeki kita tu berkat hasil kerja keras. Berbaloi, rasa macam orang bekerja keras kat sawah ladang tu..... Berfalsampah le pulak.

Kita nak sambung taip soalan yer, ada satu set lagi. Minit mesorat pun nak kena edit. Headcount nak kena buat lain....., JSI paper exam belum buat, post mortem US 1 dan 2......., mark buku, peta minda, taip soalan latihan, fail panitia kena up date..............................................................
program budak galus.................... program GC........................etccccccccccccccccc

Kita chow dulu..... Nanti kita nak citer pasai kanser, pasai insan2 baik yang kita jumpa dalam usaha mencari maklumat pasai kanser. Kita doakan mereka sejahtera walaupun depa tak tau pun pasai cerita2 kita ni..............Amin

"Anak Perak"


"Anak Perak"
Originally uploaded by azam667
TKasih Azam. Lenggong tu nampak cantik sangat!
Awak memang pandai ambik gambar! Memang le Lenggong tu cantik...

Ermmm..... cak!


Ermmm..... cak!
Originally uploaded by umuaiman07
Masa anak2 kecik dulu.

Warisan.


Warisan.
Originally uploaded by azam667
Ini lagi bendang kat Lenggong. Cantik kan. Gambar dari blog AzamFlickr.

Pagi-pagi...4(Early in the morning...4)

Cantiknya. Saja2 anta , nak update blog takdan!