Penilaian Bertulis dan Kertas Renungan

Balik dah......... Kemarin kertas renungan. Ni aspek penilaian yang baru. Mula2 tengok video 2kali. Pastu masuk dewan exam tulis balik isu, bincang isu, cadang, buat penilaian dan bagi impak dp isu. Yang naik modal insan ke5 memartabatkan profesion keguruan. Jawab je.... berlebih2 dp 350 patah kata. Goreng je sampai berasap. Nasib tak hangit.

Pastu rehat sat...ish.... tengok orang pulun studi kita naik ngeri. tengok nota depa, fuyo tebalnya. Mesti dok target 4,4! Masa studi malam tu pun asyek terlelap, sampai dapat 6 jam!!!! mangkit awai pagi, dan search internet sat, tengok rangka PIPP, tonggak 12 dan beberapa dasar lagi. Isi takdan baca pun, dok ingat apa2 yang dapat di kait dengan soalan dan jawapan je. Ni tahap analisis, so kena masuk penilaian dan impak program. Tengok soalan exam, memang pasai kerja, nasib baik tak pulun baca. Soalan macam berulang je dengan kertas renungan dan my pembentangan pengurusan kerja. Hantam je sampai ke saat paling akhir....... Nasib la kalau dapat penilai yang suka my idea ok la. Kot tak k.o. la.......

Pastu lunch dan tumpang kawan balik. SE....LE...SAI.... satu lagi PTK.

Hari ketiga PTK

Baru lega skit bernafas. Kemarin bentang Pengurusan Kerja. Tak sempat habih semua, dan bentang 2 ja. Nasib baik yang ketiga tu boleh kait dengan soalan yang depa bagi. Kira macam bentang juga noh!!!! Awai tu tenson fuh.... tapi dua2 penilai tu nampak ok je, tenang kita tengok pun...... Depa pun tak tanya soalan mengarut tapi harap2 markah pun jangan mengarut jugak.





Ni gambo group kitorang

Semalam tenson dok hafal skrip kerja kumpulan. Apa pun tido dulu. mangkit pulak ngapai...
Tadi kumpulan kitorang first. Dan lah try kat setting. Kira2 ok la, ada forum n lintas langsung dari sekolah. Time pun elok ngam jer. Eh En Nasir yang jadi penilai! Lepas tu lega boleh tengok presentation orang pulak. Encik Dr. ketua kumpulan kami tu kerja dok timing persembahan orang, jadi kerja juga dia tu! Habis awal juga tadi. lepas snack, naik konon nak tido tapi tak dapat lama. Ni yang dok lepak melalut kat sini ni....

Esok ada Kertas Renungan n Penilaian bertulis. Lepas tu, balik.................. Hai buku ke apa ke belum baca ni, Nak jawab apa esok????? Musykil juga nak baca apa.................. Satgi kita pi lunch dulu, ada ke depa bagi maggi goreng snack tadi, nak bagi kami payah ingat ke??? Tak sedap pun, tak makan habih...ni yang rasa lapaq ni............

Exam esok ni tak berapa tenson pasai tak payah bentang kat sapa2, penilai pun tak tau jawapan sapa, hantam je lah...... harap2 dapat la A. Teringan juga pasai PTK DG 41 je dapat 4, 4. Ptk 44 dapat 3,3 je! Kalau 3 ke bawah, tak larat dah nak ngulang, Biaq pi lah..... tadi janji ngan depa lunch kul 1.... chow dulu.

Kursus TK4 DG 48

Salam
Hari pertama kursus. semalam taklimat jer. Fuh...... payah juga nak score PTK untuk DG 48 nih!
Tadi pagi Public Speaking. Selesai, lega! ramai bentang pasai stress management. Ni dok manage stress la ni..... terapi untuk I, mai dok lepak tang ni..... Nasib baik la boleh connect modem celcom ni. Hotel punya wf kat tingkat bawah dan nun..... di atas lagi!

Boring juga dok bilik sorang2, tingkat 20 pulak tu! MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DP SEBARANG BENCANA!!!!!!!!!!!

Sok ada pembentangan Pengurusan Kerja. Siap slide dengan bahan bukti lagi. Slide siap tapi hat nak bentang tu belum..... malam satni n pagi esok le. Kena cakap 10 minit. Kena bentang petang. Ok la. Pastu nak prepare persembahan kumpulan pulak........ rahsia tak boleh habaq lagi. Tajuk pun punyalah mengancam, pasal pendidikan seks kat sekolah!!!!

Hari Jumaat penilaian bertulis. Ada kertas renungan n periksa.... Ya, ampun!!!!

Nanti kita tulis lagi ye.....

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Dulu ngajor kat MC sesekali kena pi cek dorm depa kat sini le.
Time dekat nak exam ramai juga yg monteng kelas pasai nak studi sendiri!

Istana II. (HDR)


Istana II. (HDR)
Originally uploaded by azam667
Ini Istana lama kat kuale. Dah jadi muzium. Cantiknya teknik Azam amik gambo ni.

Teman ni tingat zaman sekolah kat clifford pastu ngajo pula kat koleq.
Hai kawan-kawan.....
Hai budak koleq Tg 5 1987!

Tugasan PTK

Singgah sat je. Dok tengah menaip tugasan PTK 48.
Ada orang tanya apasal tak upah??????????
Ish bior betoi...... kalau dapat anjakan gaji, sapa nak jawab?????????
Naik pangkat kalu lagi haaruuu.....
Dapat lll n lll pun tak kisah le, titik peluh kita.
Public Speaking belum siap, slide show lagi!
Sok amik CRK, kasi siap semua kerja!

Kalut Balik

Tak patut update blog ni pasai nak nyawa pun tak berapa dan! tu dia punya la sibuk..... Tapi nak lepas tenson juga ni...............!

Lepas raya hari raya tu dapat surat nak kena pi kursus TK 3 untuk DG 48. Awatla masa ni kena pi, dengan budak2 sibuk nak exam..... Dilema sungguh. tepon bahagian sumber manusia depa tak bagi tolak. Kalau tolak juga kena penalty tak boleh kursus ni 1 tahun........ ganas tu!

Punya la tak mau pi..... sampai hari date line tu baru teringat nak fax jawapan. Mula isi surat tu pun dah silap pi jawab tak mau pi. Isi lain....

Dalam dok kalut tu, dapat arahan kena pi memantau gc yang mohon 2009. Kena pantau 2 orang tapi sekolah nya punya la jauh. Siap pi survey dulu sekolah tu..... sebab hari nak pi tu kena pi sorang dan kuar awal2 pagi.... kalut lagi! Pengalaman.......

Kesian budak2 SPM tahun ni, dah la kita kalut, depa pun masih tak mau ulangkaji lg......
Orang Sumber manusia tu siap kata, kita kena fikir diri kita sama bila aku kata kesian budak2 tu nak exam. Depa ni jenis kena studi dengan kita, tak reti nak baca buku sendiri................ Serah kat ALLAH je le...


Tugasan kena buat 2 siap dengan slide lagi dan 1 esei. Pas tu ada public speaking pulak..... adush. tak siap apa pun lagi ni, dok kalut dgn kerja len!

TK ni format baru pulak tu, takda member yang dah pi so pi tanya merata, baru jumpa sorang. takdan lagi nak pi amik bahan....

Tadi pi majlis gc kat sg petani.... harung je pi dengan kawan. Nasib baik senang cari sekolah tu tapi bulan ni asyek dok mandu jauh2 jer. Kereta tu pun heran kot. Nasib baik le sejak beberapa bulan ni dah branikan diri bawa ACCENT. Dulu fobia kereta sedan pasai panjang si...kiit. Brani kancil je.... Kalau kancil tu kerap2 dok pi jauh, mau tercabut kaki....

So la.... nak all out prepare tugasan..... nanti kita kasi laporan len.................