Malaysia, kampung temelong, Lenggong, Perak

Ambik gambar ni dp Flikr Anuar Dan, Pernah sekelas dengan dia masa remove class dulu. Sekolah sama sampai F5 kat SMDA. Pastu masuk SMK Clifford sat, dia sambung ke UITM. Dah jadi artist hebat sekarang ni.Rasnya ni rumah kawan kami Kamarul Azman kat Kg Temelong Lenggong, Member baik dia.

Moga kawan2 kita terus berjaya!!!

TOT GC Siri 1

Anak2 dok tengok MU lawan Malaysia kat TV. Tadi aku tengok juga ta-pi bengang bila MU dapat 2. Aku kata malaysia dapat satu pun jadi le. Tapi..... dah seri dapat dua gitu!! So takyah tengok le. Dengar dari jauh je. Nyampah tengok penonton pakat2 pakai baju merah, tak patriotik langsung!!!!

Ada stori ni..... buat kenangan bila baca jurnal ni...... kemudian2 hari.....Minggu lepas aku baru balik dr Teluk dalam Resort Pangkor. TOT GC siri satu selama 5 hari. Kira kitorang ni macam testing2 gitu apa yang nak kena ubah ke apa ke, he...he... Nama pun kursus orientasi mengalahkan orientasi freshie kat u n maktab. Aku dak kena dua2 tu.... Dok maktab seminggu elok abih je minggu orientasi, dapat masuk u. Cari pasai je kena dera seminggu.... teruk pulak tu, almaklum le maktab semua perempuan.... Kat u pulak,,,,, tapi tahun ada ntah apasal tak teruk langsung kat u.......

Citer TOT GC ni memang menguji ketahanan fizikal n mental betul tambah orang baya aku ni.......... Tak dan rehat langsung kecuali masa tidur n masa dengar tazkirah. Kalau ada pengisian mental kat dewan pun pakat dok tongkat mata yang tak larat nak buka.

Lepas tazkirah subuh yang ramai orang ponteng tu....... ada senaman pagi. Pastu rush pi breakfast. Dalam 5 hari tu, ada acara kat laut water confident dan event samudera. Depa bagi tiub getah dgn buluh, buat rakit, pastu dayung sampai ke satu pulau n patah balik. Jauh pulak tu nak padan dengan rakit buatan sendiri ikat pakai tali rafia.... Kayuh rasa tak sampai-sampai. Setelah berhempas pulas dan mengelat sikit2 sampai le juga. Kumpulan kami tak le johan tapi tak juga corot. Ada geng kami yang tolak pakai kaki bila sampai tempat agak cecah kaki.
he....he.... jangan buat!!!!!

Lagi satu aktiviti yang menguji ketahanan fizikal, eksplorasi rimba. Nampak bukit yang dipanjat, tegaknya mak oi.... Tak berani nak pandang atas. Melangkah ikut tapak je.... Aku pernah buat ekprorasi kat Pantai Meredeka tapi rasanya kat pangkor lagi mencabar. Menurun bukit laagi le melenguhkan nak kena tahan kaki. Ada grup yang "kena rasuk" (grup uztaz - saja nak uji kot). Ada satu lg grup sesat...... Kami belakang depa je...tapi nasib baik kami tak ikut tapi lebih yakin dengan kompas yang dibawa. Depa ajar sikit2 orientering tapi ada denai, saja je.... Nasib baik fasi kami kira ok juga..... sampai sudah dia tak bagitau pasai apa dia tak boleh masuk L (hometown I tu!) Nyembang sepanjang jalan. Grup kami ni tak singgah makan pun.... sampai balik resort ada tugasan laagi..... penat. Petang tu kena masuk dewan pulak..... ada persediaan persembahan... ish...ish.... Tak larat macamana pun ada kekuatan nak buat pasai ada yang lebih veteran dp aku, yang lebih besau..... pun boleh buat! Cikgu Halim yang kami gelar bang long siap mampu puasa setiap hari kursus walau apa pun aktiviti yang kami buat. Fuh..... TABIK SPRING kat dia. Betul2 komited dengan bulan Rejab ni. kami ni, pantang ada makan, sampai je....

Kami pun ada rekod yang orang lain tak tau..... ada le geng kami dua tiga orang ni yang sampai masa pendaftaran paling awal (Siap pilih chalet dekat le konon...) dan tak pernah ponteng solat maghrib dan subuh kat surau . Sekali tu hari jamuaan rasmi, 3 orang je kami perempuan kat surau. Satu subuh tu, kami nampak Cam Com sorang2 tunggu kat surau. pastu baaru yang lain tiba.

Yang aku tak buat............... absailing. Memang aku dok jaga tulang belakang ni kot slip disc balik! Lagipun aku ni jenis gayat. Yang aku rasa rugi tak buat, flying fox, takdan sebab masanya suntuk sangat. Yang tu aku rasa tak jejas tulang....

Yang aku bersyukur sangat-sangat, dapat teman serumah yang sekepala dan rakan sekumpulan yang ok. Adik2 yang baik dan sangat bertimbangrasa serta sekepala. Terima kasih GC10 YUSNI, sarimah, zul, kuzaini, shakri, lui, gok, banglong dan kak mun. Teman serumah YUSNI (adik yang baik dan ramai peminat) kaknah(yang patuh dan selamba) dan anis yang comel dan pantas.