Sambutan Merdeka











Lega.......... kemarin penutup sambutan peringkat sekolah. Puas hati le juga dengan program2 yang dah berlangsung. Kurang2 idea kami dan aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan.

Pulun pulak pelajar2 ni terutama pertandingan antara rumah. Depa ni boleh buat kalau diberi peluang. Frust sket sebab hari pertandingan wau I takder kena pi bengkel pulak. Cikgu2 pun memberi kerjasama, tak kisah le aku ada ke takda ke, member2 lain pastikan semua berjalan lancar. Wow..... Komited betul depa ni. Habq je apa nak buat.......

Beberapa aktiviti yang aku rasa menarik la..... pertandingan tuju tin, batu tujuh (seremban), menaikkan wau, sketsa, persembahan adat peminangan dan larian tangga. Yang lain2 tu biasala macam kad ucapan, poster, produk kreatif etc.... Aku juga berjaya mengesan cikgu2 yang ada bakat tertentu seperti pengadilan, komited etc. Beberapa orang guru ni pulun macam budak juga...... Ada la juga yang buat "derk" sampai ke sudah. Ikut suka hangpa la........ Pengetua pun bulan ni banyak takda kat sekolah masa aktiviti2 dijalankan. Tak kisah le....Apa pun kerja jalan!

Minggu depan sambung aktiviti panitia PIslam le pulak, dah masuk bulan puasa. Kita ada Ihya Ramadhan macam tahun2 lepas juga......... MERDEKA.....MERDEKA.....MERDEKA............

Lepas ni aku pulun utk budak SPM le pulak. Dah mula dengan bengkel dan latihtubi.....kira nak masuk gear 3 dah. Trial seminggu je lagi............

MUSYKIL

Eh ada ke orang sesat masuk blog ni. Takat ni takda le pulak orang masuk rasanya. Tetiba jer dapat emel mempertahankan tindakan si sepon tu. Aku takder pulak kata dia tu sengaja nak dedahkan aib.......... kot ler kena ugut ke. Politik ari ni payah nak ramal......... Orang sanggup buat apa saja. Rakyat marhaen yang mahu berfikir tentu akan keliru. yang marhaen tapi tak fikir akan terima bulat-bulat.............!

Sambutan Bulan Merdeka

Merdeka.....Merdeka .....

Tahun ni kita kasi gempaq sikit. Dapat member baik punyer.... panitia sivik n kelab rukun negara yang banyak dit tu, sedap le aku bagi idea..... Kitorang kasi meriah sket.... sekolah lain lum lancar, kami siap dah, sejak awal bulan lg, takdan tunggu 15 Ogos. Masuk September orang len le buat pulak........ yang penting ni buan panitia kami.........

Tak sangka le pulak komitmen bebudak ni amatlah memberangsangkan. Siap tunggu buat latihan pulak petang untuk sketsa. Persembahan dasat............ Penonton pun tak bergerak dp tempat duduk masa tu. Biasanya belum 3.30 dah gelisah. Ini steady ke sampai ke sudah. Paling gempak rumah teman le............ Eh..... aku penganjur tak campur tau, kasi idea sket je, yang lain semua depa buat sendiri. Skrip pun budak buat...... Yang bengangnya "Dato Onn" gelabah atas pentas. Keluar le skrip spontan......... Ada ke Dato Onn garang gitu.........!

Pagi tu buat permainan tradisonal. Batu tujuh n main tuju tin. Meriah sungguh..... cikgu2 yang lebih, teringat masa kecik2 dolu.... paling gempaq tuju tin............ Nasib baik le masa ngam2 je waktu koku pagi n petang rabu tu. Rabu minggu 1, buat larian tangga, gempaq juga. Masalahnya ada yang terover pi terjun tangga, sampai bengkak kaki. Depanaku le pulak! Tunjuk hebat kot.... Pi xray le juga.

Kuiz ni yang takda hari dah nak buat. Minggu ni kan cuti. Buka je sekolah dah trial PMR. Kira koku pagi tak boleh ambik. Petang pulak ada pertandingan wau. Mesti gempaq jg ni..... Nampaknya kena buat kuiz bertulis le.................. Hari 28 (kebetulan my besday!!!) dah nak buat kemuncak sambutan. Ada persembahan dan penyampaian hadiah. Geng Dato Onn menang, harap2 persembahan tak kalut cam hari tu. Yang bebudak Tg 5 pun sibuk nak buat persembahan. Tahun akhir lah konon....... Aku bagi depa 7 minit je..... takat buat iklan merdeka tu dan sangat....... Tunggu selesai nanti ada laporan lg..........

Ngeri....................

Salamz.
Biasalah sibuk ke takdan ke ntah apa2 ke datang lg smpai tak sempat nk update. Banyak benda dlm kepala ni...............

Aku nak termuntah le dengan politik Malaysia ni......... ngalahkan Amerika. Nampak dah kita menuju kehancuran ni. Takkan le depa ataih tu tak sedar2 atau sengaajaaaa tak sedar diri. Sawan kot, pakat dok gila kosa, Tak pikir agama dan bangsa dah...... Tak sedor2 ke orang seberang tambak dok teropong tunggu masa je.......... kalau geng sini naik, pakat2 join dengan geng sana, kalah Yahudi nanti!!!! Depa pun bukan cukup tanah tu.... Masa tu sapa nak jawab???????????

Yang si Sepon gila babi ke........... Nampak muka macam suci je. Eh eleh...... tenang semacam je mendedahkan keaiban. Rasanya orang tak cerdik je boleh terima .............. ada ke dia kata kena paksa???? Musykil le juga kan..... orang pompuan pun pandai gigit ke, lawan le. yang hang siap orang boleh "buka" .............. ish..... awak tu muda belia lagi takkan le tak boleh lawaannn orang yang dah tua tu..... Ingat senang ke nak .............. nak sebut pun geli.......

Yang perancang tu pun, takda ke idea lain............. dok guna idea lama tu apa kes???????? Cari le modal lain yang canggih lg....... Atau pun budak ni kena ugut ke?????????????? sampai sanggup kena laknat hingga ke hari kiamat.......... Kalau takat duit, tak sanggup rasanya.... tapi.... kalau kena ugut bunuh ke.... sendiri ke famili ke, boleh jadi......... untuk mempertahankan nyawa!!!! Macam sorang kawan tu kata ada ke lagi orang yang imannya sekuat Asiah ke Masitah ke...............????

Adussss bab laknat ni ngeri le pulak. Kot dia sorang kena takpa. Kot kita sekali semua kena sapa nak jawab???????????????? Umat Malaysia oi....... Sama2 le doa kita yang tak terlibat ni dijauhi dp bala Allah............... AMIN! (Bila baca kes Sharon PM Israel tu........... ALLAH timpa kat dia, ok le........ ) Pakat2 buat solat hajat le biar ALLAh tunjukkan kebenaran kepada yang betul2 bersalah...............