Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan Salam untuk baginda Rasulullah, kaum keluarganya dan para sahabatnya.
Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Sembuhkanlah penyakit malasku ini. Telah lama aku biarkan blogku ini bersawang...........
Ya...... ampun..........
Gambo tu? Gimik je. Terkenang zaman kecik2 dulu....... ayah akan pasang lampo gasolin ni kalau kakak2 balik kampung. Cerah le rumah pada malam2 berkenaan. Hari biasa kalu, pelita minyak tanah je............. Itupun rajin studi sampai tengah malam. Sampai rabun le........ Dah Tingkatan 6 baru sedo yang dunia ni cerah. Dok ingat semua orang nampak dunia kelabu macam kita he...he.. Memang betoi, pakai je specs....... eh terang rupanya dunia ni!
Dah 3 bulan lebih tak update memang banyak berita terkini yang perlu dilaporkan. Jurnal ni bebebnonya utk diri sendiri bila suatu hari nanti nak cek apa yang dah jadi. Kot ada orang terbaca blog ni, ampun le ye...... kisah dan bahasanya memang kurang "up to the standard" untuk tatapan umum. Ya ampun.........
Result PMR Faris................... 5A je. Padan le dengan apa yang dia sediakan. Kira bersyukurle. Cuma bahasa arab buat spoil, boleh dapat E! ish...ish..... Biasa tu D je.
Eman ikut pi skolah mak. Bersyukurlah dengan petunjuk Allah selepas beberapa kali buat soalat istikharah. Takda la risau dia kat rumah. Sesekali ada miting ke kena balik lambat ke, dia suruh abah ambik. ok le tu, anak abah!
Akak? Ist sem kat UITM dapat le 3.6+++. Adalah anugerah dekan tu. Nasib baik le kita biar dia buat bidang yang dia minat.............. Tadi dia fon ngelabah ada test paper yang dia ngeri , food science. Kita pun pulun baca yasin. Siap kerah faris sekali baca yasin zohor tadi...... Dah tunda pulak khamis ni, sempat le studi bahagian yang dia tak sempat tu kot.... buat suspens jer.... 13 ni mula study leaves....... takyah balik le....... kat rumah bukan nya studi pun...........
Abang? La pi PLKN dah 2 minggu. Spm dia? 1 A je, Maths. Paper teras semua kredit tapi paper pure science lulus je. memang padan dengan cara dia studi. Tusyen pun tidak.... Harap2 dapat para-medik. Bagi kerja kat spital sorang!!! Apply macam2 tapi doa2 dapat le yang tu......... yang lain2 tu susah sket rasanya sebab semua nak kredit science.....
Kelmarin, awal2 pagi b4 pi skolah, Faris buat muka moyok, tension dengan kelas dia, cikgu bio tak masuk le..... Yang kita pun sehari dok risau kat skolah, apalah masalah budak ni. Balik malam tu, nak kaunseling le..... Eh... boleh dah ok je???? Nak kena cari tusyen bio yang power. Takat ni takda lagi. Fizik dapat cikgu Yong tu ok le. Add Maths dengan Lan Ong boleh le..... Bio n Chem ni nak cari mana?
Skolah???? tahun ni oke sket, tak ajar BM dah. Adalah lebih banyak masa nak plan sejarah. Harap2 tahun ni result ok. Patutnya lebih ok. Last year spm result jatuh tapi dah jangka budak2 yang memang tak studi tu akan gagal. Tapi puas hati program untuk pelajar lemah tetapi rajin berkesan. Amin yang agak2 nak gagal tu, boleh dapat D7, kira memang ok le. Yang biasa dok lulus je, pakat2 dapat C4. Tapi........ yang monteng tu........ memang tak dayo den nak nolong..!
Yang leganya dah letak jawatan guru kanan kemanusiaan. Bahagia.......... Ada cikgu baru dari sek. lain ganti he..he.. Boleh le buat bahan2 untuk my own subjek untuk bantu budak2 sederhana n lemah. Prinsipnya...... P&P yang simple tetapi significant..... teringat kat Prof Kamil pulak. Pinjam quotation tu ye.... menarik dan tepat rasaanya.
Ada cerita pasal buku n blog prof & roza ni. Kena buat entri baru......... Da.....dulu ye.......
Lazy No Cure
Posted by
umuaiman
at
Monday, March 30, 2009
0 comments:
Post a Comment