Semakin Kurang Ajar......

Siapa yang semakin kurang ajar???? Ibu pelajar tampar guru????

Baru siang tadi bincang dengan kawan, kalau kita nak bela anak pun jangan tunjuk depan anak kerana anak akan menjadi semakin biadab. Siasat dulu, kalau betul pun guru salah bukan itu caranya kita bertindak.

Guru2 selalu berdepan dengan masalah sebegini kerana anak2 hari ini cukup pandai bermuka-muka depan ibu bapa. Setelah nasi menjadi bubur baru waris sedar anaknya memang perlu diperbetul tetapi cikgu2 pun dah tawar hati nak peduli anak tersebut. Siapa yang rugi?

Dalam beribu mungkin ada seorang dua sahaja guru yang bertindak melulu tanpa sebab.
Itupun mungkin yang "berpenyakit"...... So mak ayah jangan mudah melenting sekirannya anak kita mengadu yang ntah apa-apa. Lagi satu jangan cepat ke media. haru biru jadinya. Apatah lagi kalau anak kita terbukti bersalah.... Cikgu sekolah lain pun takut nak terima anak kita dah.... Susah tu... takkan nak buka sekolah sendiri kot....

Majoriti guru kalau dah namanya cikgu, ikhlas mendidik malah mengasuh anak kita....
Cikgu2 pun ada anak....

0 comments: