Assalamualaikum
Hai tak sibuk ke? Siap boleh masuk sini!
Esok kita cuti, rasa nak break sat dp buat kerja..... Kira ok le kan.
Kita memang sentiasa yakin setiap kejadian ada hikmahnya tapi kadang2 bila fikir balik aturan Allah itu cukup2 misteri dan cukup2 sempurna...... Memang amat ........ ntah nak kata apa......
Apa saja yang kadang2 kita rasa mengecewakan, kita tak sedar, ada yang lebih baik mendatang. Macam kata Raden dalam blog dia, kita minta bunga Allah bagi kaktus, kita minta........... Dia bagi ulat bulu....... Tetiba kaktus tu keluarkan bunga dan ulat bulu jadi rerama..... Mistik gitu.....
Macam le story pasal my sis. Dia memang ada kanser, dah 2 tahun rawatan. Patutnya Jun ni ada pemeriksaan follow up. Tetiba baru2 ni dia macam gastrik. Bila masuk kamera, buat scan etc.... nampak kanser dah merebak kat hati. Merata, bukan setempat. Kitorang pun kalut semacam je.......
Sebelum ni, kita ada cerita pasal buku Prof Kamil yang memang Allah nak temukan dengan kita. Buku yang tinggal sebuah dan tak berapa sempurna tu kita beli juga sebab tinggal sebuah je. Tak tau pun isinya apa, menarik ke... main ambik je. Itu pun selepas masuk balik kedai tu, padahal dah keluar pergi kemana2 dah pun. Bila balik dan baca, wow what a good book!!!! Buku itulah yang link kita ke buku dia yang satu lagi, ke blog dia, blog Roza dan yang paling penting blog Ayu.
Allah atur ni beberapa minggu sebelum kes my sister. Blog Ayu ni cukup banyak link dengan pelbagai maklumat kanser. Terima kasih. Sebelum ni pun ada buka blog Raden tapi kali ni link terus dari blog Ayu. Contacts dan maklumat ni bagi kat my kakak. Siap fon Raden bagi my sis cakap dengan dia. Berkenalan dengan pelbagai jenis petua, ubat dan rawatan............. Tkasih Raden. Naik le juga semangat kakak kita ni.
Cerita pasal nak pi KL pun satu hal. Dapat berita tu dekat nak cuti hari pekerja dan sekolah baru buat hari anugerah. Adalah cuti 4 hari, boleh lah pi KL. Cari tiket bas dah habis sampai Senin. Frust le juga. Nak naik MAS ke Air ASia ke, tak lalu nak turun KLIA, menyusahkan orang nak ngambik, ngantor! Tiket pun dah mahal, nak perginya ramai! Hari Jumaat hari pekerja tu sempat pi shopping kat Tesco, dok agak tak boleh nak pi KL. Balik tu tergerak hati singgah Airport AStar. Tak disangka2 dah ada flight FireFly AS-KL. Baru sebulan lebih operasi. Turun pulak Subang, dekat je dengan Sg Wey dan Kg Tunku. Jadi le naik FF tu ziarah my sis. Mudah dan selamat wpun kecik jer kterbangnya. Cuaca pun elok sangat. Allah atur cukup elok samapi sempat lagi attend knuri my fren hari Jumaat tu. kalau pi KL awai, saheh tak dapat makan knuri!
My sis yang awal tu, ceritanya cukup2 "leppot" tak larat boleh jadi kuat bila kita ada ramai2 dgn dia. Dia pun ada ambik sejenis seaweed yang mahalnya mak oi...... Untuk 28 hari, 2kali makan sehari RM2ribu! Tapi nampak kesannya........ Dp tak lalu makan, tak boleh baring dan kerap sakit, semuanya makin pulih. Kalau ikut doktor yang jual ubat tu, tak payah kimo tapi my sis taknak tanggung risiko. Buat juga kimo 11/05 baru ni. Masa fon tu, dia kata ok je lepas kimo tu, ntah le.............. Doa semua moga dia ok. Dia juga makan apricot seed yang Raden cadang tu.....
Satgi nak fon dia lagi tanya kabar. Bila fikir balik, memang dahsyat sempurna aturan Allah ni. Bila baca macam2 artikel dan rawatan kanser ni, rasa ada banyak harapan. Kanser bukan "a sentenced to death" lagi. Allah lah yang memberi penyakit dan menyediakan penawarnya.....
Alhamdulillah.................
Allah mengatur yang terbaik................
Posted by
umuaiman
at
Thursday, May 14, 2009
0 comments:
Post a Comment