Kem Solat

Khamis nak cuti sampai Jumaat mula cuti, murid2 tingkatan 1 ada kem solat kat sekolah. (Kira tak cuti lagi, hi.....hi....)

Eman pun pi sekali. Hari Kamis tu balik kul 12 lebih pasai nak pergi pulak petang kul 4. Nasib baik kena bahagian pendaftaran. cikgu2 muda yang baru tu kena teman budak2 tido kat sekolah.

Eman n budak2 lelaki lain tido dalam kelas. Pelajar perempuan tido kat surau yang agam tu. Budak2 Tingkatan 5 jadi fasi. Kita balik lepas selesai budak2 tu makan malam. Cikgu2 makan gulai itik. Pin tokeh kantin tu rajin cari benda2 eksotik untuk hidangan cikgu. tahun lepas masa kem depa panggang kambing........... Kadang2 dia pi ke laut cari ikan.

Eman kata malam tu tak dapat tido, ada yang main baling2 seluar. Ish.... nama pun Tingkatan 1. Balik tu eman tido sehari tak sedar2 orang gerak solat Jumaat. Balik kem solat tapi solat zohor hari tu!

Kalau budak2 tu praktik apa yang depa dapat ok le. Budak2 kampung ni ramai terbiar bab solat ni. Kat sekolah tu nak kepung depa solat zohor pun susaah. Lari merata..... kalau ditanya, bukan taau malu mengaku tak solat, macam perkara tu biasa je bagi depa! Kalau anak kita boleh kita jerit ke rotan ke............. Itupun cikgu2 kepung jugaa, ingat macam anak sendiri. ramai yang solat zohor je, pasal terpaaksa kaat sekolah. Kalau bulan puasa depa tambah isyak satu lagi pasal sekali solat terawih. Maghrib pun tidaak.............. Masa tu sibuk buka puasa!!!!

0 comments: