Dua hari lepas kakak kita tepon. Nak melepas tension jer gayanya. Ye le........... Dia baru pindah tempat kerja dekat PWTC, dulu kat Angkasapuri. Rumah pun baru pindah juga, masuk rumah baru kat sungai way. Dok kalut baiki rumah lama kat kg lindungan sunway. Mak oiii..... macam2 penyesuaian kena buat......
Tempat kerja makin jauh, naik komuter. Balik terus pi rumah lama, kebetulan sibungsu belum dapat tukau sekolah. Malam pukul 1 ke 2 ke baru sampai rumah. Pagi pulak bangun awal nak masak pasai dekat2 situ tak der orang jual lauk. Penatnya.................... Ada anak dara sorang baru grad n dok cari kerja. Tu yang dia bengang, tak berapa reti nak nolong. Takat boleh urus kain baju jer... masak tak boleh harap. Lauk pun tak tolong hangatkan...... Sabo je le!
Yang nak ni pun, cari kerja kira dok tayang degree. Huloq le diploma tu dulu, cari pengalaman... tu yang dia dok bengang. Ingat senang ke nak dapat kerja la ni. Dia dah tak larat nak nasihat dah....... Kita yang jauh ni lagi le payah. Kot tetiba telepon, kot terkejut. Mesti tau mak dia dok ngadu. Abih camno.............
Harap2 dia dapat bersabor banyak2......... Budak2 la ni memang macam tu. Ikut rasa dan kata depa jer.... So kita pun ambik kesempatan jolok anak2 kat rumah ni. Konon bercerita masalah tu. Yang benornya nak kabo, depa jangan buat perangai macam tu! Kakak yang ada kat umah ni dok tunggu result SPM tu, lebih kurang je. Tapi kot dipesan2 mau juga masak untuk adik2, cuma kekadang tak kena selera je. Baru trainee kat dapur. Jadi le..... Takat kain baju tu lepas le. Ada le juga inisiatif dia pi belajor kat kolej komuniti. Ambik kelas BI n masak. Sambil2 belajau bawak kereta. Harap2 tak le teruk........ sangat.
Budak2 sekarang
Posted by
umuaiman
at
Thursday, January 31, 2008
0 comments:
Post a Comment