Kembalilah musim-musim paling sibuk awal persekolahan. Tiap-tiap hari le balik petang dengan segala macam miting dan latihan. Segala macam perancangan dan dokumentasi sampai laptop pun naik boring tengok muka kita.
Tahun ni lagi dahsyat. Seawal minggu kedua (minggu pertama hari Rabu & Khamis jer!)
dah ada latihan sukan. Pi warming up konon dengan tarian pocho2 di bawah terik mentari 4 petang. Adus............. Cikgu belum balik miting budak dah sampai! 2 hari lepas berhimpun buat headcount sampai dekat pukul 5. Pakat-pakat bengap excell tu pasal kena buat ramai2. Aku le tu....! Cikgu dah tak larat, budak2 buat latihan sukan sendiri2 le..... tapi kena tunggu juga. Jadi apa2 anak orang, nak mampus kita kena jawab!!!!????
Yang mengadap blog ni pasal dah boring buat kerja. Release tension le sikit!!! Siap update blog baru lagi..... Ntah apa fe'el kita suka benor try blog baru tapi tak dan lak nak update. Ini pun ntah bila dapat masuk balik...........
Sebenornya banyak benda kita nak tulis tapi sedia-sedia tak sempat. Cuti ari tu pulun baca buku. Itu giler asal kita, tak boleh tinggal punya..... Buku Faisal Tehrani je 4 kita beli. Hikayat pun dua ke tiga ke....... Jangan gelak, kita baca Hikayat Abdullah & Hikayat Abu Hanafiyah. Buat modal bercerita dengan budak2 kat kelas.
Lama tak masuk kelas, syok pulak "berkelahi" dengan budak2 tu. Pi sekolah ni meriah sebenornya, dengan kengkawan, dengan budak2.......... Yang tak tahan bab kerja2 lain yang ntah apa2. Tanya le cikgu mana pun, takda hal kerja mengajar ni tapi kerja2 perkeranian yang mengalahkan kerani tu yang makan masa dan tak larat nak buat. Cikgu dulu2 tu komited dengan kerja mengajar pasai takda banyak kerja mengarut depa kena buat. Rancang itu ini. Pastu kena lapor tu ini pulak. Bukan sekejab2 nak buat paper work ni...... Pentadbiran tau dok "kejan" kita jer. Depa susun dokumentasi tinggi2 tunggu pemantau2 yang tak kunjung tiba tu mai.......
Bab kerja luar tak sebut lagi.............. Macam2 le program kena buat selain ngajar ni. Manalah dan nak ngabih sukatan pelajaran yang berlambak tu................... Buat le takat yang sempat. Tangan, kaki, mata telinga ada 2 je. Masa pun 24 jam je sehari..............
Esok2 le pulak. Jumpa lagi "tahun depan" hi...hi...
Sekolah la.... balik!
Posted by
umuaiman
at
Friday, January 18, 2008
0 comments:
Post a Comment