Senarai kerja yang belum selesai.................1

Cikgu ke itu.........

Macam kerani je........
jurulatih ke dia?
atau tukang buat garisan kat padang?
kadang-kadang jadi tukang
memaku kaki meja murid yang tercabut,
sesekali berlagak jadi interior decorator
menghias pentas dan bilik mesyuarat,
tukang jahit pun boleh menjahit langsir
menjahit skirting atau seluar budak (yang terkoyak?)

Jangan lupa bagi makan arnab dan kura-kura,
cuci akuarium yang dah berkeladak......
Jadi jaga memantau budak melintas jalan.

Jadi misi anak-anak yang ibunya tak perasan anak demam
atau sakit perut sebab tak sempat sarapan
Sesekali kena jadi bomoh menjampi murid kerasukan,
(kenalah hafal ayat-ayat berkenaan).
Biasa le kalau jadi drebar antar murid ke hospital
singgah isi minyak yang hampir habis kat tengah jalan!

Paling susah jadi along kutip bayaran tambahan
kena jadi wakil pengarah
menerangkan apa itu yuran yang dimansuhkan!
Bukan senang nak begitau apa yang menteri
maksudkan..................

Eh ...........
banyak le lagi
yang tak larat dah nak senarai kat sini
fikir2 le sendiri...........
Kalau larat nanti2lah
kita sambung lagi.

0 comments:

Membaca dan menulis itu terapi. Masuk je sekolah menengah mula tulis diary. Mula tulis jurnal online sejak 2002 tapi untuk tatapan sendiri jer. Sesiapa terjengah, no hal lah.

BigFamili

BigFamili

BigFamily2

BigFamily2

Famili

Famili

Abah

Abah

akak

akak

Gen2

Gen2

Gen3

Gen3

Gens

Gens